Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 26 September 2011

SugarBun VS KFC..^.^

Salam.

Hai kawan kawan.

Kamu semua sudah makan ke belum? saya sudah. makan mee sedap. 
memang sedap. ^.^

Bukan malas masak! tapi enche suami request mahu makan mee goreng sedap! saya suka lah sebab senang dan boleh update blog laju laju. hihi.

Tapi entri ini bukan nak cerita pasal mee sedap. tapi pasal Restoren SugarBun yang glamer dekat Sarawak ini!!

Pernah dengar tak Restoren makanan segera SugarBun? SugarBun ni ala ala KFC la. masa mula sampai sampai dekat Sarawak ni. saya seperti jakun melihat restoran SugarBun yang ada di mana mana sahaja. 


Dekat Sarawak ni lebih banyak SugarBun daripada KFC. bila tengok banyak sangat restoren SugarBun, mestilah rasa nak cuba. sedap ke tidak. kalau tidak silap restoren ini hanya ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Bangladesh. menurut kenalan rapat disini, dulu ada di semenanjung. tapi tidak lama restoren ini bertapak disana. 

untuk maklumat lanjut tengoklah kat sini:

Ingat tak saya cerita ari jumaat lepas dekat sini, masa saya pening kepala tidur sepanjang hari. enche suami ada bawak saya jalan jalan pergi Giant Tabuan. so, kami makan di Restoren SugarBun disitu sahaja. ^.^


Lihat! muka gembira dapat makan dekat SugarBun. saya dan enche suami order set makanan yang sama. kata sehati sejiwa kan. haha. kami makan nasi kaler kuning ada kismis dalam dia, ayam goreng, timun campur nenas dan kuah pedas serta air rebina. ohh. kuah pedas adalah add on.

 
Rasa makanan yang saya ambil itu, ok ok la! biasa biasa sahaja. mungkin kerana expectation saya terlampau tinggi sebab inginkan rasa seperti KFC, McD, A&W. haha. saya hanya makan suku sahaja nasi dan habiskan ayam goreng tersebut. ayam goreng dia sedaplah jugak! tapi resepi ayam goreng saya sedap sikit dari ayam tersebut. hihi. kuah pedas dia pun ok lah. ok lah. cuma bukan kegemaran saya! lepas ni saya nk cuba kuah lain pula. kuah sate mungkin!^.^


Tapi tapi, enche suami makan sampai licin! dia siap tolong habiskan nasi saya lagi!! dia kata sedap. dia suka! menurut enche suami kuah pedas itu sedap. err. kata sedap! asal tak habis. haha. 

Kesimpulannya, SugarBun sedap jugak. restoren dia bersih. pekerja yang sangat membantu! tapi dihati saya tetap KFC! hihi. tapi tapi kamu kamu yang nak datang melancong dekat sini kena rasa tau? sebab banyak lagi menu di Restoren tersebut. nampak macam sedap sedap. lepas ini , saya mahu cuba menu lain pula!

Ok. Selamat Mencuba!

Till then. tata.

Salam.

p/s: maafkan muka baru bangun tidur saya tanpa secalit bedak mahupun make up. tension tengok muka sendiri T_T

4 comments:

  1. dah pegi ye/ tpt aku sandakan pernah ade ni.. tp x tau nape tutup.. :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai sarawak pun T_______T

    ReplyDelete
  3. owh, xde pulak saya jumpe sugarbun kat sarawak..mungkin x lalu lagi kot..

    ReplyDelete