Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday 4 December 2012

25 tahun!Jubli apa ye?!:D

Assalammualaikum..


Lamaaa sangat tak update blog kan?hampir setahun kot. ke da lebih setahun?hee.maafkanlah.saya melalui hari yang sangat sibuk.sibuk dengan kerjaya sebagai surirumah semasa mengandung dan sekarang sibuk melayan suami dan anak serta rumah yang besar untuk diuruskan oleh seorang surirumah yang sibuk!ohh..da pindah rumah. nanti cerita dalam next entri kalau tak sibuk!hee.

Alhamdulillah.10 November 2012. (10.11.12).

25 tahun sudah menjadi seorang insan yang diberi nama Nur Syafiqah binti Jasmin. saya dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan diberikan didikan agama yang cukup sempurna.saya dianugerahkan mama dan ayah yang sangat tinggi budi perkertinya, tidak memandang keburukan orang hanya melihat kebaikan, ringan menghulur tangan membantu orang didalam kesusahan, tidak pernah jemu memberi nasihat dan sentiasa mengingatkanku untuk tidak lupa beribadat kepada Allah SWT.

Terima kasih mama sebab melahirkan dan membesarkan eqa kedunia yang indah ini dengan penuh kasih sayang. terima kasih ayah melayan kerenah eqa dari bayi sehingga saat ini walaupun telah menjadi isteri orang. terima kasih kak ida & kak ija menjadi kakak yang begitu sempurna untuk eqa. terima kasih abang kerana sentiasa mengingatkan eqa tentang adab sopan sebagai seorang adik, anak dan sebagai wanita Islam. terima kasih mimi sebab sentiasa mendoakan kakak ke arah kebaikan. terima kasih abang aizul & abang saiful yang menganggap eqa seperti adik sendiri tanpa pernah mengira masa mahupun wang ringgit ketika menguruskan eqa. terima kasih kak zura sebab hadir dalam hidup eqa dan menjadi kakak yang baik dan pendengar masalah eqa. eqa sayang sangat dekat semua!:')

Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukanku dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab. sanggup menerima segala kekuranganku. sanggup melamarku untuk menjadi seorang isteri dengan ikatan yang sah. sanggup menjagaku serta melayan kerenahku. aku dianugerahkan seorang suami tidak pernah kenal erti penat ketika melayan segala kehendakku. tidak pernah kata tidak untuk setiap keinginanku terutamanya bab makan (saya memang suka makan). ketika mengandungkan anak sulong kami, segala keinginanku menjadi kenyataan. dia sentiasa ada disampingku walau apa keadaan sekalipun. sentiasa membimbingku untuk menjadi muslimah sejati. menjaga kehormatanku. tidak pernah meninggikan suara kepada ku apalagi memarahiku. alhamdulillah. syukur! terima kasih enche suami! :D

30 Mei 2012

Saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Zakhwan bin Muhammad. Kelahiran Zakhwan adalah anugerah yang terindah buat saya dan suami. anak ini telah memberikan kami suami isteri rezeki yang tidak putus putus. kami tidak pernah merasa susah sepanjang membesarkan dia sehingga hari ini. benarlah setiap anak hadir bersama limpahan rezeki. Zakhwan dilahirkan secara normal di Hospital Besar Melaka ditemani oleh suami tercinta disisi. Alhamdulillah suami sempat pulang dari Sarawak ke Melaka. Syukur alhamdulillah!Allah kabulkan doaku untuk suami menemaniku saat aku berjuang melahirkan anak. saya bahagia berkongsi saat yang paling indah itu bersama suami. terima kasih ya Allah!


Sepanjang 25 tahun hidup, saya telah merasa banyak nikmat kehidupan didunia ini. saya mempunyai keluarga yang bahagia, saya dianugerahkan suami yang bertanggunjawab, saya dianugerahkan keluarga mertua yang baik, saya dianugerahkan anak yang tidak ternilai harganya. saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. sahabat2 yang mengingati dan menyayangi saya. saya hidup bahagia! banyak kenangan manis didalam ingatan bersama orang orang yang saya hargai dan saya sayangs. alhamdulillah! Mungkin saya tidak bernasib baik seperti insan lain yang berjaya dalam pelbagai bidang dan banyak yang boleh dikongsikan, tapi saya bersyukur dengan setiap detik dan saat yang Allah berikan untuk saya diatas muka bumi ini, untuk saya sentiasa mencari keberkatan dan memohon keampuanan dariNya. :')

Setiap orang tidak akan terlepas dari diuji oleh Allah SWT dalam hidupnya. namun saya redha dengan setiap ketentuanNya. Tuhan telah memberikan saya banyak kesenangan dan nikmat kehidupan yang melimpah ruah. siapa saya untuk mempersoalkan setiap ujian yang telah berikan olehNya. sesungguhnya saya redha! saya redha tidak diberikan perkerjaan untuk membantu suami, tapi saya diberikan anak untuk saya membahagiakan serta menggembirakan suami. saya diberi dugaan yang maha hebat ketika saya ingin memperbetulkan diri dan berubah menjadi muslimah yang sejati, tapi Allah SWT berikan saya ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi dalam mengawal emosi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang. selepas bernikah, Allah jauhkan (read as tempat yang jauh) saya dan suami dari keluarga kami, tapi Allah berikan kami sahabat sahabat yang sentiasa menolong kami ketika kami memerlukan bantuan, malah ini lebih baik kerana masa yang sesuai untuk saya lebih mengenali suami dan kami bahagia. kami makin rapat, jadi sahabat baik, susah senang sama sama dan lebih berdikari! (tapi sila doakan kami sekeluarga cepat pulang ke semenanjung, amin!)

Alhamdulillah setelah hidup selama 25 tahun, kini, saya adalah anak, isteri dan mama!



Harapan?saya mahu menjadi umat Islam yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan, istiqamah dalam beribadat dan melakukan kebaikan. menjadi seorang isteri yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya menjadi isteri yang solehah untuk suami, cuba untuk menjadi anak yang baik kepada mama dan ayah serta mertua,menjadi mama yang baik dan bertanggungjawab kepada Zakhwan dan anak anak yang bakal lahir, menjadi kakak yang memberikan contoh yang baik kepada adik adik, menjadi adik yang baik untuk abang2 dan kakak2. doakan saya!amin.

Seandainya pernah ada diantara kamu yang terluka dengan perbuatan mahupun kata kata saya, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti. semoga kemaafan kalian memberikan keberkatan kepada kehidupan saya didunia dan diakhirat! amin.

Akhir kata, saya hanya ingin bahagia bersama orang2 yang saya sayang!


Babai dari mama dan Zakhwan! :D

Sent from my iPad

Posted via DraftCraft app