Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 17 October 2011

Alhamdulillah..it's positif..!!:')

Salam.

Hai semua followers & pembaca blog. diharap semua sihat sihat belaka.

Ramai yang tertanya tanya betul ke saya mengandung. ramai yang wish kat wall, sms, kol, msg FB, chat FB dan lain lain.

Yerp! saya mengandung. :')

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami dan kesejahteraan kami suami isteri disini. alhamdulillah. ini rezeki dari Allah SWT. tanggungjawab semakin bertambah dan banyak yang akan berubah selepas ini. doakan yang terbaik untuk kami.



Ramai nak tau macamana saya tau saya mengandung. pakai home UPT la. haha. 

Sebenarnya, banyak tanda tanda pelik pada diri saya! benda yang paling ketara adalah saya mula tidur tengahari dan petang. badan rasa tak selesa. macam nak period tapi tidak pula. ada satu hari tu, saya tengah chat dengan kawan baik saya. tiba tiba rasa macam kepala pusing. macam rasa gegar gempa bumi tu. berlari la saya lari keluar cek, betul ka gempa. enche suami tak rasa apa apa pun. kawan baik saya berseloroh suruh saya buat UPT. haha. masa tu saya buat biasa ja. iyalah taknak kecewa dan terlampau berharap.

Tambah lagi pelik bila saya selalu lapar! sebelum ni saya bukan jenis yang makan banyak. sekali sehari sahaja sudah cukup. tapi kali ni, pagi lapar, tengahari, petang dan malam malam. kalau lapar malam malam tu paksa enche suami belikan burger. sampai bergenang la air mata kalau beliau tanak keluar. suruh saya jaga makan jangan ikut hati. sambil sedih dalam hati diam diam makan roti dengan planta letak gula dan bakar. hee. ada satu hari enche suami tegur saya, kenapa asyik nak makan ja ni?kata takut gemuk. saya jawab balik saya lapar sangat yang tak tahan. 

Menguatkan lagi tanda tanda pelik dalam diri adalah gusi gigi depan saya berdarah tiba tiba. rasa sakit gigi! bila tengok cermin, rupanya berdarah dekat gusi macam terkoyak. pelik weh. tiba tiba sahaja!! 

Lagi satu, perut saya buncit! sebelum ni kalau saya gemuk, saya tidak naik di perut. naik kat tempat lain. emm tambah musykil period sudah lambat 10 hari. tapi period lambat ni, masa mula mula kawen pun macam tu juga! so itu bukan tanda yang membuatkan saya rasa pelik!

Jadi, saya mula search search dan bertanya kepada encik Google mengenai tanda tanda pelik pada diri saya! memang semua itu tanda hamil. tetapi dalam diri sudah dipujuk supaya tidak gembira sebelum ia disahkan kebenarannya! saya membuat keputusan mahu pergi ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan. tapi malangnya, setiap kali kami sampai depan klinik. klinik tersebut tutup berehat! 3 4 kali jugak la! kecewa betul.

Jadi, kuatkan hati juga beli home UPT di farmasi berhampiran. satu sepuluh hinggit, jadi saya beli dua! masa tu dalam hati, kalau negatif, bulan depan tak payah beli lagi! 

Home UPT kena test pagi pagi kan. so, pagi pagi terus cek! memang masa test tak tengok pun sebab dalam hati negatif la tu. tapi bila toleh dekat tester tu. dua line ok! jadi positif la kan!!alhamdulillah!!terus berjujuran air mata keluar. drama betulkan!!haha. terus gtau enche suami!:')



Drama air mata sebab kami memang menunggu saat saat ini, tambahan lagi orang disekeliling selalu bertanya. itu semua tekanan buat saya!:')

Kami terus pergi klinik untuk sahkan kandungan saya, alhamdulillah. saya sudah hamil 5 minggu lebih. perasaan saya?memanglah gembira, teruja, terharu, tak percaya dan lain lainlah. overkan? haha. 

ok. saya harap penerangan diatas telah menjawab persoalan kawan kawan semua. maaf kerana lambat bagitau kamu semua. bukan tanak bagitau, tapi terlalu awal. 

Semoga kandungan saya selamat, sihat dan baik baik sahaja. amin. 



Terima kasih lagi sekali kepada semua kawan kawan yang wish saya dan enche suami! 

ok. till then.

Salam. 





Thursday 13 October 2011

Saya sedih laa T_T

Salam.

Hai hai semua. suke la tu saya tulis entri baru. haha. 

Sekarang tengah ada mood membaca dan menulis. maklumlah nak jadi surirumah yang berilmu dan berpengetahuan serta tidak ketinggalan. heh.

ohhh. nak bagitau saya sedih sangat ni. enche suami kata terpaksa tangguhkan plan nak bawak saya naik Genting Highland. oh no!!T_T 

Terus bergenang air mata menunjukkan kesedihan yang spontan. haha. eh tak sedih pun, katanya sesekali balik kenalah spent masa dengan keluarga tercinta dan kawan kawan tersayang. yeke. macamtu ke? pergi jalan jalan dekat dekat jelah kata beliau. alaa. bukan jauh pun Genting tu. bebel bebel sampai enche suami amekkan air untuk saya supaya bertenang. haha. beskan sebenarnya bebel bebel ni. baru tau nikmat dia. patut lah mak mak suke bebel. opppss. gurau ja!hiks.

ohh. tape tanak bawak pergi Genting tape. nanti kita pergi Disneyland kat Hong Kong tau enche suami? haha. bankrupt kan dapat bini macam saya. wekks. biarlah! kita kan kena ada cita cita dan impian! barulah doa usaha dan tawakal. kan kan. haha.


Buat enche suami yang tengah pergi usrah tinggalkan saya sorang sorang kat rumah itu. tape lah tanak bawak saya pun naik genting tu. tak heran! tapi jangan lupa tau bawak i makan kat subway, kat nasi kandar hakim, ayam penyet wang solo, pak ali, makan ayam golek kat bangsar tu, dengan makan nasi ayam dekat foodcourt Putrajaya Persint 9. haha!! banyak kan. nasib lah!^.^

Untuk keluarga dan kawan kawan yang ada dekat semenanjung, kita jumpa minggu depan tau! rindu lahh dekat uolls. 

Ok. itu ja nak cerita.

till then. tata.

Salam.

p/s: kalo korang nak kirim kek lapis ke ikan terubuk masin ke. cakap awal awal sebelum ari ahad ok! insyaAllah saya tolong belikan!:)

Doa, Usaha, Tawakal :')

Salam.

Hai semua followers dan pembaca blog yang setia.

Saya minta maaf sangat sudah lama tidak update blog. kebelakangan ini penyakit malas semakin berleluasa dalam badan. macam virus yang cepat bertindak melumpuhkan semua sifat sifat rajin dalam diri. haha.

Apa apa pun saya harap kamu semua sihat sejahtera hendaknya. semoga hari hari kamu lebih baik dari sebelumnya. untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal.

DOA

Sebagai seorang insan yang lemah disisi Allah SWT kita perlulah sentiasa berdoa kepadaNya. berdoalah apa sahaja yang dihajati diingini dengan cara yang betul. tinggalkan apa yang dilarang buatlah apa yang diamanahkan. banyak cara yang telah diajar untuk kita sentiasa berdoa. berdoalah semasa solat dan berdoa ketika waktu waktu yang dirahmati. contohnya, malam qadar, hari arafah, bulan ramadhan, malam jumaat, hari jumaat, tengah malam, waktu sahur, sesudah berwuduk, antara azan dan qiamat, ketika orang berqiamat, setiap akhir solat fardhu, ketika dan sesudah membaca Al-Quran, ketika menutupkan mata orang yang telah meninggal dunia, waktu hujan turun dan banyak lagi. 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Berdoalah, nescaya Aku perkenankan untukmu.
(Surah al-Ghafir:60)

Nu'man Ibn Basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW:

maksudnya: Doa itu adalah ibadah.

Selepas berdoa, elakkan lah dari perkara perkara yang menyebabkan doa tidak diterima.

USAHA

Tiada apa yang kita boleh dapat tanpa berusaha kan kawan kawan. berusahalah dengan apa cara sekalipun selagi cara itu sentiasa diredhai dan diberkati Allah. ingatlah macamana logiknya pandangan kita terhadapa sesuatu, sekiranya ia adalah melanggar syariat Islam. ia tetap SALAH!:) 

Berusaha lah tanpa mengenal erti putus asa. insyaAllah pasti akan ada hasil dalam setiap perkara yang kita usahakan. 

Firman Allah SWT;

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri.

Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

TAWAKAL

Bertawakallah setelah kamu berdoa dan berusaha, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. jangan bersedih dengan takdir yang ditetapkan untuk diri kita, kerana percayalah, pasti ada hikmah disebaliknya.

Firman Allah SWT;

Maksudnya: Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan keperluannya.

Surah at-Talaq (ayat3)

Entri ini adalah pandangan diri sendiri setelah merujuk beberapa sumber. marilah bersama berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. 

 Ingatlah kawan kawan!!

  • Bersangka baiklah terhadap semua orang 
  • Jangan buat perkara yang dilarang dan dikategorikan sebagai berdosa
  • Beribadatlah kepada Allah SWT sehingga akhir hayat kamu!

Ye! didik wanita terdidik generasi. hee.

Renung renungkan selamat beramal.:')

ok. sampai disini sahaja. 

selamat berkerja dan belajar ye!!

Salam.





Saturday 8 October 2011

Pengorbanan Seorang Isteri :')

Salam.
Selamat berhujung minggu semua pembaca!
Arini saya nak kongsi pengorbanan seorang isteri. artikel yang agak panjang. tapi memang berbaloi jika membacanya hingga akhir!!renung renungkan, selamat beramal!:')
Mari kita bincang pengorbanan seorang isteri!
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing yang tidak ada sebarang pertalian darah, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.
Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.
Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.
Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masa yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ops lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap spoting dan tahu menghargai susah payah isteri.
Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.
Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.
ok. till then.
Salam.
p/s: malas nak transfer gambar dari kamera untuk update entri. petang sikitlah!!hihi. entri ini adalah kopipes dari blog mana tak ingat.. sori!^.^

Thursday 6 October 2011

Surprise uolls!! Laura nak kite bawak die jalan jalan kat Malaysia ^.^

Salam.

Hai hai semua pembaca.

Sudah makan ke belom. kalau belum sila makan sambil baca entri ini ok.hee.

Arini saya bukak emel macam biasa. tiba tiba saya dapat satu emel yang buat saya eksaited! berkata kata dalam hati "weh. mana minah Laura Hamid ni kenal aku? siap suruh aku bawak dia jalan jalan kat Malaysia." dia ada baca blog aku la ni. mesti dia pandai bahasa melayu ni! 

meh meh kite share emel dia kasi. mahu lihat tak?

 Klik untuk besarkan. tQ

Lihat lihat!! beliau mahu bincang bisness jugak! siap cakap nak sponsor semua perbelanjaan. bes kan. bes kan. tapi tapi. emel ini sangat pelik sebab dia masuk dekat spam. 

Saya mula berasa curiga! lantas menggunakan encik google untuk mencari kebenaran!! ye. saya terjumpa beberapa blog yang bercerita berkenaan cik Laura Hamid ini. 

Mari lihat baca sendiri di blog ni.



Rupa rupanya Laura Hamid ni main mainkan perasaan aku T_T 

Tape tape Laura! saya ingat kamu sampai bila bila. kamu telah membuat percubaan untuk menipu saya rupanya! sampai hati kamu! 

ok. tak emosi pun. hihi. saja nak share emel ni supaya sesiapa yang menerima emel emel begini sila abaikan! bahaya jika ini hanya sindiket. mana la tau kan. sekarang semua dihujung jari anda. ada internet dirumah, saya pon boleh berlakon jadi Jennifer Jasmin!! haha. ^.^

ok. till then. tata.

Salam

Hari hari yang sangat sibuk -.-"

Salam.

Hai hai hai semua pembaca blog. apa khabar semua?

Maaf sudah lama tidak update blog. agak sibuk beberapa hari kebelakangan ini. banyak benda yang perlu diselesaikan. banyak benda yang ingin dikongsi dalam blog ini. banyak sangat benda nak diceritakan. tapi ditangguhkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah. setelah hampir tiga bulan saya menetap di bumi kenyalang ini, saya akhirnya telah dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga. untuk jawatan apa dan dimana tidak perlulah dinyatakan disini dulu. nanti kalau sudah dapat baru saya cerita. terima kasih kepada encik suami yang banyak membantu saya, keluarga tersayang yang tidak pernah putus asa mendoakan kejayaan saya, kawan kawan baik saya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya. fuhh! memang tepu jugak otak da 3 bulan duduk rumah ni, tapi saya sudah cuba yang terbaik. doakan saya k!:)



Kehidupan kami suami isteri disini semakin teratur dan kami semakin bahagia melalui kehidupan baru ini dengan suasana baru, tempat baru dan kawan kawan baru. mungkin tidak sama dengan kawan kawan disana. tapi mereka begitu prihatin dengan perkembangan kami suami isteri. tidak pernah jemu menghulurkan bantuan. alhamdulillah! saya tidak tahu berapa lama lagi kami akan menetap disini. 5tahun lagi mungkin? doakan apa yang terbaik untuk kami ya. 



Tidak semua yang kita lalui dalam kehidupan ini sangat indah seperti yang kita impikan. tapi alhamdulillah, walaupun tidak indah seperti yang diimpikan, tapi saya tetap bahagia dan sentiasa ingatkan diri sendiri untuk terus berusaha berubah kearah kebaikan.

insyaAllah. nanti saya akan update lagi entri petang nanti. haha. doa doa tidak datang penyakit malas. ^.^

ok. till then.

semoga hari kamu semua arini lebih baik dari semalam. tata.

Salam.

p/s: terasa badan semakin berisi. mari berdiet!-.-"