Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Thursday, 6 October 2011

Hari hari yang sangat sibuk -.-"

Salam.

Hai hai hai semua pembaca blog. apa khabar semua?

Maaf sudah lama tidak update blog. agak sibuk beberapa hari kebelakangan ini. banyak benda yang perlu diselesaikan. banyak benda yang ingin dikongsi dalam blog ini. banyak sangat benda nak diceritakan. tapi ditangguhkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah. setelah hampir tiga bulan saya menetap di bumi kenyalang ini, saya akhirnya telah dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga. untuk jawatan apa dan dimana tidak perlulah dinyatakan disini dulu. nanti kalau sudah dapat baru saya cerita. terima kasih kepada encik suami yang banyak membantu saya, keluarga tersayang yang tidak pernah putus asa mendoakan kejayaan saya, kawan kawan baik saya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya. fuhh! memang tepu jugak otak da 3 bulan duduk rumah ni, tapi saya sudah cuba yang terbaik. doakan saya k!:)



Kehidupan kami suami isteri disini semakin teratur dan kami semakin bahagia melalui kehidupan baru ini dengan suasana baru, tempat baru dan kawan kawan baru. mungkin tidak sama dengan kawan kawan disana. tapi mereka begitu prihatin dengan perkembangan kami suami isteri. tidak pernah jemu menghulurkan bantuan. alhamdulillah! saya tidak tahu berapa lama lagi kami akan menetap disini. 5tahun lagi mungkin? doakan apa yang terbaik untuk kami ya. 



Tidak semua yang kita lalui dalam kehidupan ini sangat indah seperti yang kita impikan. tapi alhamdulillah, walaupun tidak indah seperti yang diimpikan, tapi saya tetap bahagia dan sentiasa ingatkan diri sendiri untuk terus berusaha berubah kearah kebaikan.

insyaAllah. nanti saya akan update lagi entri petang nanti. haha. doa doa tidak datang penyakit malas. ^.^

ok. till then.

semoga hari kamu semua arini lebih baik dari semalam. tata.

Salam.

p/s: terasa badan semakin berisi. mari berdiet!-.-"





1 comment: