Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Friday, 16 September 2011

Berhujan hujan di Pasar Petang Kota Samarahan ^.^

Salam.

Entri ni mengandungi gambar yang fresh fresh baru tangkap tadi. terus semangat nak update laju laju.

eh lupa nak hai. hai. hai semua followers yang chomel chomel :D

Petang tadi, enche suami bawak saya pergi pasar Kota Samarahan yang sangat dekat dengan rumah kami. beli sikit sikit lauk untuk dimasak sepanjang minggu ini.  

Pasar Petang ni terletak bersebelahan dengan Taman Desa Ilmu. Pasar tersebut dibuka di tepi jalan menuju ke UiTM Samarahan. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk membeli bahan mentah seperti hasil tangkapan laut dan sayur sayuran. pasar ini hanya beroperasi pada waktu petang sahaja ye kawan kawan. nama pun pasar petangkan. hee


Lihat gambar diatas, beginilah keadaan pasar petang tersebut. mula mula sampai sini dulu, saya bayangkan pasar ni terletak dalam bangunan seperti disemenanjung. bila sampai sini, saya lihat macam pasar tani pun ada. tidak mengapa lah kan. janji ada. saya suka pergi sini sebab ikan dekat pasar petang ini segar segar belaka dan manis isi nya. 

ada yang cakap pasar ni kotor, saya rasa biasa ja. mana ada pasar jual ikan ikan fresh sampai dari laut dan sungai yang bersih macam supermarket mid valley kan. hiks.


ok. mari kita lihat bahagian yang menjual hasil tangkapan laut dulu. ada macam macam jenis ikan ada disini. ikan yang saya tak pernah jumpa pun ada. tengok ikan kaler kuning tu. menurut kata penjual disitu, ikan tersebut adalah ikan buntal. korang pernah makan tak? hiks. saya tak beli sebab tak pernah makan. hee.


Udang dan sotong yang dijual juga baru baru dan segar segar. apa yang menariknya, harga makanan laut dekat sini jauh lebih murah berbanding semenanjung. boleh borong banyak banyak dan makan sampai lebam. 



Tadi saya beli ikan tenggiri, udang dan sotong. ada juga peniaga yang menjual daging ayam dan daging lembu, cuma saya tak berani beli. saya was was tentang status halal daging tersebut. penduduk tempatan ada nasihatkan saya supaya beli dibeberapa kedai berdekatan kawasan rumah saya yang dijamin halal. nanti saya cerita tempat saya beli ayam ya! 

Meh tengok gambar keadaan pasar ni. saja nak kongsi dengan followers semua terutama keluarga saya di semenanjung. :)

ramai kan orang? lorong untuk berjalan agak sempit.

makanan dan minuman pun ada dijual disini.

peniaga disini sangat peramah. sapa kata orang sarawak tak suka orang semenanjung. mereka sangat ok!:)

ada kedai yang belum dibuka. kotor ka?takkan. cuma nampak tidak tersusun.

Sayur sayuran disini sangatlah murah. 4 ikat sayur cuma RM2. macam macam jenis sayur ada. bukan sayur sahaja, cili, halia, kunyit dan barang barang yang sewaktu dengan nya ada dijual. 

Bila tengok keadaan disini, saya bersyukur menjadi warga semenanjung. semenanjung jauh lagi maju dari keadaan disini. saya berharap kerajaan Malaysia akan memberi lebih perhatian kepada penduduk penduduk di kawasan borneo ini. 

Tapi ada berita baik yang saya tahu dari peniaga disitu, mereka akan berpindah ke kawasan baru yang lebih besar bulan 10 ni. yeay. saya gembira untuk mereka..!!:)

lihat! jalan raya basah. hujan lebat.

laju laju masuk kereta. tapi muka tetap gembira dapat main hujan. hee

kereta yang parking sesuka hati menyebabkan kesesakan lalulintas

Disebabkan kawasan pasar ini agak kecil, ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak membimbangkan pengguna jalan raya. Semoga perpindahan mereka ke kawasan baru disegerakan. hee.

Ok. bye.

Salam.

p/s: maaf penerangan kurang menarik. kekenyang makan nasi panas dengan ikan tenggiri goreng tepung. sedap!!hihi.

10 comments:

  1. em..lama la pula tak pergi tempat tu beli barang..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaahhh.... murah2 kan barang kt ctu....! >.<

    ReplyDelete
  3. oh x pernah jejak kaki ke sana. jejak dalam mimpi pun x pernah. erkk!

    ReplyDelete
  4. diana: hiks..xlama lagi nak pindah sudah..:D

    Drceria: aah laaa...sangat..jimat habis taw..!!:p

    sil4h: haha. mai la try jejak tgok apa jadi.:D

    ReplyDelete
  5. ambOi...dlm p/s tu smpat lagi buat org dengki...hahaha...shOping sakan meh...mesti pandai masak neh...antar la ckit :D


    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. ikan buntal memang kaler kuning eh? hhoho. btw, dah follow u :)

    ReplyDelete
  7. CTK: pandai hokeyh..hubby i makan sampai licin..haha. sebab lapar kot..:p emel nak hantar..haha

    hanif: ikan buntal katanya..:D

    rara: TQ dear. haa..die kata kaler kuning. ikan buntal versi samarahan kot.hihi

    kukumalu: kann..:D hiks. lain tau dari semenanjung..:p

    ReplyDelete
  8. hehe. insyaAllah nanti ade rezeki ke sane.
    ^^

    ReplyDelete