Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday, 27 September 2011

Warga semenanjung susah cari kerja di bumi Sarawak?-.-"

Salam.

Hai hai apa khabar semua?

Saya sihat alhamdulillah disamping suami tersayang. rezeki tidak pernah putus walaupun hanya suami seorang sahaja yang bekerja. tQ Allah. saya sangat bersyukur kerana Dia tidak pernah membuatkan saya menyesal dengan keputusan saya berhenti kerja.

Pencarian kerja masih diteruskan lagi sehingga sekarang. rutin harian juga seperti biasa, bangun pagi sediakan sarapan suami, sediakan pakaian dan hantar suami pergi kerja sampai ke pintu. lepas tu, bukak lappy, cari kerja sampai rasa nak muntah! baru bukak blog, cari idea untuk update blog sambil bukak FB. 

Setiap wanita berkerjaya memang mengimpikan kehidupan seperti saya sekarang. betul kan? tetapi tidak saya! saya mahu berkerja supaya dapat pengalaman dan meluaskan pengetahuan. saya mahu bercampur dengan penduduk tempatan, mahu belajar sesuatu disini sebelum saya kembali ke semenanjung satu hari nanti!

Semalam selepas selesai urusan di pejabat pos, saya singgah di gerai menjual kuih muih sarapan pagi. bila turun dari kereta saya terpandang no plat kereta pemilik gerai tersebut bermula dari huruf "J". pastinya datang dari negeri Johor bukan? sangkaan saya memang tepat kerana beliau menceritakan asal usul beliau.

Kemudian, saya mengeluh kepada kakak (pemilik gerai) tersebut, "susah betul nak cari kerja disini. penatlah.". akak tersebut mengiakan sambil menjawab "memang macamtu dik, dekat sini mereka ambil orang orang tempatan sahaja! melainkan kamu  dapat kerja di semenanjung dan ditukarkan kesini! meniaga macamni senang". bukan sekali saya dengar ayat begini. empat lima orang juga berkata begitu. 

Ayat ayat begitu, tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk mencari kerja walaupun sudah hampir beribu resume yang dihantar. mungkin belum ada rezeki lagi. saya percaya, kalau Allah sudah tetapkan saya berkerja disini. pasti ada pekerjaan untuk saya. saya hanya perlu berusaha. kalau tiada peluang untuk saya berkerja disini. saya REDHA!! sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Sesungguhnya saya tidak akan mengalah dengan persepsi itu! saya yakin, kalau kita berusaha pasti akan ada hasil yang datang. cuma jika betul seperti yang dikata, saya berharap majikan majikan di bumi Sarawak ini tidak melakukan sebegitu pada masa akan datang. bukan kah kita satu Malaysia? saya tidak dengar perkara perkara seperti ini di semenanjung. jika benar faktor kenegerian yang diutamakan, saya mintak majikan majikan senaraikan dibawah syarat syarat kelayakan. lebih senang begitu! hiks.

ok. tu ja mahu cerita. saya harap apa yang saya dengar itu tidak benar sama sekali! sebab orang disini semua baik baik belaka.

ok. till then. tata.

Salam.


9 comments:

  1. nak share gak ngan eqa ni.. mungkin eqa boleh cuba berniaga, sbab tpt aku pun ramai isteri2(yang bukan tranfer tau kerja kjaan) berniaga kat sini macam2 ade... sampai beli tanah pun kat sini jugak :)

    ReplyDelete
  2. yeke..errr taknak cr keje kt sn pasal nak balik semenanjung rumah mak nanti ssh plak.hehehe

    ReplyDelete
  3. jgn risau.. sesiapa yg berusaha, pasti akan berjaya.. sume tu cuma pemikiran org jer.. x betul nye.. :)

    ReplyDelete
  4. hmm, juga berkerja disini. buah hati pun nk keje kt sini jga. jauh sgt dgn dia. susah ke org semennjg nk keje sini? semua bidang pekerjaan ke?

    ReplyDelete
  5. to have a good job you need to have a good friend first,stay strong & keep ur faith alive,btw i am improving my BM reading ur blog.keep this habit even after u get that dream job!all the best for ur future career :)

    ReplyDelete
  6. usaha tangga kejayaan..selalu berdoa pada tuhan, insyaallah mana tahu nasib dapat ke keje kat sarawak tuh :)..

    ReplyDelete
  7. tQ semua..insyaAllah saya akan berusaha sampai dapat. doakan saya ok..^.^

    Kitkat: tq dear!

    ReplyDelete
  8. Hi...eqa...kak faiz ni...kwn mat...hehe...mmg susah kn nk cari keje kt sarawak ni...suami akk ada kt sini...try cari keje, dpt intebiu...tp, company nk surat menunjukkan boleh kerja kt sitok...jdnye, pegi pej tenaga kerja...katanya, mmg susah org semenanjung nk keje kt sarawak, unless company tu sendiri yg apply permohonan permit kerja...fuuuh...dahsyat penangan kt sitok...siap baca akta lg...dh mcm pendatang tanpa izin... ya Allah, permudahknlah urusan kami semua di bumi kenyalang ini, yakni di bumi kejadianMu ini...amiin

    ReplyDelete
  9. saya dah duduk hampir 13 thn kt kuching ni, dan bukan asal sini.. mujur saya pnah brkahwin dgn org tmpatan, kalau tak mgkin smpai skrg saya msih tanam anggur.. sbb sgt susah nak dpt keja sekalipun kerani kat sni kalau kita 'bukan orang sitok'.. memang betul rzeki ada d mn2, tp bukan d Sarawak (walaupun kita Malaysian).. melainkan anda brkahwn dgn org tmpatan.

    dari dulu smpai sekarang saya rasa pelik.. Sarawak itu Malaysia, tp mgapa 'mgasingkan org2 dr negeri lain? terasa seperti pendatang asing.

    simpati pada rakan2 dr Sabah & Semenanjung.

    ReplyDelete