Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 26 September 2011

Selamat Pagi: Update Laju Laju

Salam..

Hai hai hai followers dan pembaca semua.

Minta maaf sudah lama tidak update. sangat sibuk dihujung minggu berjalan memasak mengemas rumah menguruskan pembayaran bil bil dan lain lain. alhamdulillah. sebahagian sudah selesai. tQ enche suami. hiks.

Arini ada lagi yang tidak settle, arini kena kemas rumah, basuh baju, memasak. sekejap lagi enche suami balik sekejap nak bawak pergi pos baju untuk tempahan pakai konvo enche suami. hihi. lepas itu, saya nak pergi beli sayur untuk mendidik enche suami supaya dia makan sayur. sayur kan bagus untuk kesihatan badan kita. jadi, saya kena ajar dia makan sayur. kalau bukan saya, siapa lagi kan?

Oh oh. nak cerita dengan pembaca semua. pagi pagi tadi enche suami janji nak bawak saya jalan jalan naik Genting Highlands dengan dia tak lama lagi. saya sudah lompat lompat suka. hihi. saya pernah pergi sekali bulan julai 2011. kakak dan abang ipar saya bawak. tapi masa tu sudah malam. kami hanya masuk permainan in door sahaja. hiks.

 Tapi kali ini nak pergi dengan enche suami, mestilah lagi eksaited kan? beliau siap amek cuti untuk bawak isteri kesayangan ini balik semenanjung dan jalan jalan. haha. tetiba rasa disayangi. huk huks.


Ramai yang gelakkan saya tak pernah lagi naik atas tu sebelum ini. ada yang pergi sampai sepuluh doploh kali dah. saya tidak kesah! ada yang tak percaya. kenapa tak pergi masa korang couple dulu? saja ja. sebab pergi sebelum kawen tak boleh seronok seronok sangat kan. hiks. saya rasa lagi sweet lah pergi selepas kawen. 

Ada yang cakap takda tempat lain ka suami ko nak bawak jalan jalan. ada ada. tapi saya nak pergi naik Genting dengan beliau dulu. tempat lain yang saya nak pergi Korea ka Jepun ka. boleh? haha. rasanya semua tempat dekat Malaysia saya sudah sampai kecuali Genting Highlands. huhuk. nak jugak nak jugak pergi situ. haha.


Selepas baca entri ini, mesti ada yang cakap dalam hati, pergi Genting ja pun, bukan pergi mana pun. itu pun nak cerita. biarlah! saya rasa janji enche suami kali ini cukup menggembirakan saya. membuatkan saya tersenyum senyum sambil menaip. haha

Eh eh. ada yang nak join kitaorang naik atas sana ka? meh meh. jom pergi ramai ramai. bes sikit. hee. 

ok. tu saja entri untuk pagi ini. entri seterusnya akan menyusul petang nanti.

ok. till then. tata.

Salam.

p/s: terima kasih kepada followers dan pembaca setia blog ini. love u all so much!! yang komen, msg & chat dekat FB, email. tQ tQ. sori tak sempat reply. saya cuba reply semua hari ini!! ^.^


1 comment: