Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Wednesday 14 September 2011

Pasar Serikin tempat shopping sakan...^.^

Salam..

Hai hai hai hai...

Arini saya nk cerita pasal Pasar Serikin yang glamer habis dekat Sarawak ni. Sesiapa yang melancong ke Sarawak pasti akan singgah disini. Lagi lagi yang melancong bersama Tourist Guide. Disebabkan saya datang kesini bersama keluarga saya, maka enche suami pun bawak kami jalan2 melancong ke pasar Serikin. Sebab mereka datang sini bukan selalu kan. Lagipun mak sedara saya ada kirim tikar sarawak. So, dekat situ tempat yang paling sesuai untuk membeli belah dan cuci mata. Jom..:D

 ayah sentiasa semangat untuk berjalan jalan. hee

Saya bangun seawal pukul 4pagi sebab nak masak sarapan pagi untuk mereka mereka ni. masak mihun untuk bekalan ke serikin. pergi tempat orang kan, kita tatau macamana makanan diorang. jadi, enche suami suruh saya masak. Kami bersiap keluar rumah lebih kurang dalam pukul 5.45 pagi lepas solat subuh. Kene keluar awal ye kalau kamu semua nak pergi ke Pasar Serikin, dikhuatiri panas yang maksima akan melanda jika kamu sampai lambat. hee.

Pasar Serikin ni terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan. Perjalanan dari rumah saya ke pasar ni lebih kurang 1jam. Jalan menuju ke sana tak ada highway ye, hanya melalui kawasan kawasan kampung dan hutan hutan dikiri kanan kami. tapi ok lah jalan dia, tak sesak dan tak rosak. pagi pagi kan elok tengok benda benda hijau. baik untuk mata. betul tak?

 Jabatan Imigresen Serikin

Sebelum sampai Pasar Serikin, akan jumpa Jabatan Imigresen. Kalau da jumpa bangunan ni, maknanya da nak sampai. Kami sampai dekat Pasar Serikin lebih kurang pukul 6.45 pagi. Kalau kat Sarawak, 6.45 pagi ni da cerah sangat dah. 

6.45pagi: Pasar Serikin, Sarawak

Tengok gambar dekat atas tu, da cerah kan? masa ni tak da orang sangat. sebab awal lagi. tapi kamu semua tengoklah, semua kedai sudah dibuka. Sila lihat betapa gigihnya mereka bangun awal awal pagi untuk mencari rezeki. insaf kalau tengok kesusahan mereka ini. tengok anak anak kecil mereka pun sudah cukup insaf. bersyukur dilahirkan dalam keadaan yang serba sederhana T_T

Lepas parking kereta, kami sarapan pagi dulu makan makanan yang saya bersungguh sungguh masak tu..haha.. pergi toilet, dan bersedia untuk jalan jalan cuci mata. haa. kalau datang sini jangan lupa bawak spec hitam dengan topi tau. Kalau tak bawak nanti korang akan terasa berasap. hiks.

 kedai pertama yang diserbu. berjenis jenis topi ada dijual.

Kedai pertama yang diserbu mestilah kedai topi, masa tu matahari da mula main cak cak. so cepat cepat lah diorang ni beli topi. saya tak beli, sebab mak mertua saya da tinggal kan satu untuk saya. saya kan menantu kesayangan. o0o. mak mertua saya da datang sini dulu bersama enche suami. hee. 

Pasar Serikin ni dia satu lorong/ jalan yang panjang, kena jalan sampai hujung dekat sempadan Kalimantan. Sebelah kiri kanan memang penuh lah kedai kedai yang menjual berbagai bagai jenis barangan termasuklah makanan dan minuman. Mereka kat sini jual apa sahaja yang mereka boleh jual. termasuk menyewakan tandas rumah mereka untuk kegunaan pengunjung pasar ini. Masa saya sampai sini saya tengok pasar ni ala ala Rantau Panjang dekat Kelantan tu, cuma dekat Serikin ni ada keunikan tersendiri.

 enche suami ajar mimi buat sesuatu sambil diperhatikan ayah :o

sila lihat apa yang di ajar? dan ayah pun lantas ikut sekali. haha.

Lepas beli topi, kami berjalan jalan cuci mata lihat apa yang boleh dibeli. Masa sampai sini saya agak kepenatan. kerana bangun awal pagi dan penat semalam tak hilang lagi. jadi tiada rasa untuk membeli apa apa, cuma rasa nak bergambar sahaja. haha. banyak sangat kedai dekat sini sampai tatau nak beli apa. mama saya sampai rambang mata tengok semua benda pun dia berkenan. :p

 muka yg kepenatan pucat tak sempat make up berlindung disebalik spec besar gedabak.

ayah & mama yang sangat romantik. sila fokus dekat tangan mereka. semoga saya dan enche suami pon macamni nanti bila da tua nanti. amin. hiks.

enche suami bersama mama & ayah..:)

 ayah, mimi, kak ija, saya, mama (kak ida & abg apit xdpt ikot..huhu)

Kan da cakap kitaorang berjalan cuci mata sambil bergambar ja. tengok tempat orang. tak tau nak beli apa sebab semua rasa nak, tapi taktau nak beli kat kedai mana. semua pun dijual dengan harga yang berpatutan. sudah dapat harga berpatutan pun nak minta kurang lagi. haha. biasalah kan. ada lagi gambar gambar yang saya nak kongsikan. 

meh tengok.

 telekung dari indon. kualiti sama macam telekung kat jakarta dengan bandung. corak pun menarik.

 Kain baju kurung baju kebaya baju kurung moden. semua jenis kain ada. macam macam ado. 

 yang ni langsir tau. benda yang paling mama saya berkenan dekat Serikin ni adalah langsir. tengok la ada macam macam pilihan kaler dan corak.

 gitar pun ada jual. memang buat duit lah mereka ni. tapi tatau lah gitar betul ke tipu.hah.

 cantik cantik uolls baju dia. kompang pon ado. meh meh datang sini. haha

 adikku sayang mimi mimot. tu kompang tu nampak tak? kalo pakcik korang nk buat pasukan kompang ke, boleh lah datang sini beli kompang ye cik yah..:o

 makanan pun ada jual. kerepek kurma. makanan indon pun ada you!

 Langsir lagi!!mama dekat dalam sedang survey harga.

Setelah hampir separuh Pasar Serikin kami terokai barulah kami jumpa tempat jual tikar serawak. nak masuk tempat jual tikar ni kena belok kanan. masuk ja dekat situ macam macam barang yang diperbuat dari hasil hutan ada dijual disitu, penjual kat sini memang kreatif. teruja tengok hasil kraf tangan mereka. mereka buat barang, mereka jual sendiri. sebab tu boleh dijual dengan harga yang murah. Orang kata sekarang tak murah sangat macam dulu, sebab mereka sudah pandai main harga. haha. biasa lah kan sapa tak nak banyak duit.

 macam macam jenis corak dan kualiti tikar ada dijual disini. cuma perlu pilih dan bayar.

Kami masuk dekat tempat ni sebab nak beli tikar untuk adik mama, dia pesan nak tikar sarawak yang saiz besar dan cantik. so, here we go. cari tikar macam nak beli untuk rumah sendiri. semua tikar kami nak tengok dan suruh dia bukak. pusing pusing, bila da berkenan berlangsunglah aktiviti tawar menawar sampai penjual tu punya air liur pun jadi tawar. haha.


 tengok tu. semua pun buat muka sambil tawar menawar sampai saya pon garu kepala.

 meh tengok rumah penjual tikar tersebut. huhu

 tikar dengan corak yang melambangkan negeri sarawak telah dipilih. maka mama panggil semua duduk dulu atas tikar sebelum dibungkus. haha. abaikan enche suami yang landing macam dekat rumah sendiri..=p

 haa. lepas semua duduk ayah suruh ambil gambar pulak bersama penjual tikar. tu penjual tikar yg tak duduk atas tikar. sebab penjual itu sudah puas duduk atas tikar!

 Tikar sudah siap dibungkus!!:)

Tikar tersebut dibeli dengan harga yang berpatutan. Kami semua berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Tikar tersebut dibungkus dengan cantik, malah tikar tersebut disimpan dikedai ini sementara kami meneruskan aktiviti cuci mata. Jadi, tak penat korang nak bawak ke hulu dan ke hilir. 

Penjual tikar kat sini jugak ada tawarkan perkhidmatan pos. Kalau kamu semua nak beli dan tanak penat penat datang sini. Korang cuma bagitahu nak tikar macamana, bank in duit untuk harga tikar dan kos penghantaran. nanti mereka akan tolong pos kan. mudah kan? so apa tunggu lagi. 

 letih berjalan dan mahu duduk cangkung. tapi bila nampak kamera cepat cepat bangun minta snap kan gambar. peace yo!!=p

 perkhidmatan lintah sedut darah kotor pun ada di sini. spa lintah katanya. eeuww.

 lihat tu!! gelikan? tapi ramai yang mencuba perkhidmatan ini.

 kunyit dan halia untuk ubat pun ada jual dekat sini.

 belakang ayah tu adalah kawasan Kalimantan. ayah minta diambil gambar untuk kenangan katanya.

Akhirnya kami sampai jugak di penghujung Pasar Serikin. Penghujung pasar tu kata enche suami adalah sempadan Sarawak dan Kalimantan. panjang tau pasar ni, sampai letih jalan. masa tu matahari sudah mula memancarkan sinarannya dengan sangat terik. Maka kami pun jalan laju laju patah balik pergi ke kereta sambil makan goreng pisang. 

 tikar tikar yang super comel. nmpak tak donald duck tu. hee

enche suami bersama kawan sekolah rendah, abg pear-jill tapi sekarang da tukar nama jadi mohd faizal :o

Masa tengah jalan laju laju jumpa kawan enche suami, dia datang sini melancong bersama keluarganya dan dipandu oleh pemandu pelancong. betul tak saya cakap? pemandu pelancong mesti bawak datang sini punya. tapi saya datang sini suami saya yang bawak. sebab dia sudah cekap. tahniah ye enche suami!!

Begitulah sedikit sebanyak mengenai Pasar Serikin yang femes ames tu. Kalau nak tau info lebih lanjut pasal pasar ni, korang google je. senang. 

ok. bye.

Salam.

p/s: kat tepi tepi blog ni banyak iklan. korang klik la kalau minat.

5 comments:

  1. dec ni akak akan datang sarawak yeayy x sabarnye nak p pasar ni dengan satu lagi pasar yg femes jugak kan?

    ReplyDelete
  2. pasar satok..hihi..nnt kiter cerita pasal pasar tu k!!=p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete