Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Thursday 22 September 2011

Mereka semua kekuatan saya..^.^

Salam.

Hai hai semua followers dan readers!!

Hari ini seperti tiada mood untuk update blog. mungkin kerana bersedih tidak dapat menziarahi atuk di hospital sana. tapi tidak mengapa! doa saya sentiasa mengiringi beliau. 

Penat! baru selesai memohon pelbagai kerja hari ini. mudah mudahan ada suatu yang kena! amin. haha. macam main tikam tikam pulak. 

Saya bersyukur kerana ada kekuatan untuk saya terus berusaha mencari kerja tanpa ada rasa jemu. terima kasih. mari lihat kekuatan saya.

(klik sekali shj untuk pembesaran gambar)


Ayah dan mama yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami dan memohon supaya saya dipermudahkan mendapat kerja. mereka tidak pernah putus asa dengan saya walaupun saya mempunyai seribu macam kerenah ketika meningkat dewasa. mereka sentiasa bersabar membesarkan saya dengan cemerlang gemilang dan terbilang. eh. hee. merekalah orang pertama yang akan membantu saya ketika susah. tanpa mengira wang ringgit dan tenaga, mereka sentiasa ada apabila saya memerlukan bantuan mereka. Kekuatan merekalah yang menguatkan semangat saya untuk terus maju dalam hidup!!

Terima kasih mama & ayah!! Love & miss u so much :')


Ayah dan emak!! mereka adalah insan yang baru hadir dalam hidup saya. Perkenalan dengan mereka sebelum saya dan enche suami bernikah telah membuatkan saya bahagia. apatahlagi selepas saya menjadi menantu mereka. mereka tidak pernah melayan saya seperti orang asing dan sentiasa menerima siapa saya seadanya. mereka juga insan yang banyak membantu kami suami isteri tanpa mengira tenaga dan wang ringgit. sentiasa bertanya khabar setiap hari tanpa rasa jemu. doa mereka juga sentiasa mengiringi saya disini supaya terus tabah mencari pekerjaan dan mendoakan kebahagiaan kami disini. saya bahagia menjadi sebahagian dari keluarga baru ini!!

Terima kasih ayah & mak!! jasa kalian tidak akan eqa lupakan. :')


Keluarga kecil saya, adik beradik dan anak buah yang menjadi kekuatan saya untuk terus ceria dan tabah menghadapi masa depan. bila berjumpa semua pasti ada sahaja aktiviti dilakukan!! rindu nak main go kart!!-.-"


Kak ija & abg aizul! sentiasa membantu saya ketika saya memerlukan mereka. tidak pernah berkira masa, tenaga, wang ringgit ketika melayan kerenah saya. mereka menjaga saya ketika saya jauh dari ayah dan mama. minta sahaja pertolongan, mereka pasti akan datang kepada saya tanpa ada sebarang rungutan!! saya doakan semoga mereka sentiasa bahagia didunia dan akhirat.

thanks!! kamu berdua memang sangat baik!!:')


Kak ida & abg saiful!! mereka sentiasa ceria menghiburkan saya ketika pulang ke kampung halaman, belanja makan, karaoke, main go kart, main bowling, tengok wayang. memang bes! kerenah anak mereka sentiasa membuatkan saya sentiasa merindui mereka sekeluarga. ezaini yang semakin petah berkata kata, najwa yang pemalu membuat kami suami isteri geram dengan beliau!! mereka rajin menghubungi bertanyakan khabar saya disini. 


Abg Demok & Kak zura!! abg saya satu satunya lelaki dalam adik beradik saya. kawan baik ketika kecil, sentiasa bersama kemana sahaja. mendapat isteri yang baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang saya. keprihatinan beliau membuatkan saya sentiasa merinduinya. kehadiran baby hasyir sebagai cucu lelaki sulong menambahkan lagi keceriaan kami sekeluarga. 


Adik mimi! insan yang istimewa dalam keluarga kami. menjadi kawan bergaduh dan bergurau. walaupun dilahirkan dalam keadaan begini, saya tau dia sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. saya sentiasa merindui beliau, beliaulah satu satunya adik saya. :')


Lihat saya ada tiga lagi kekuatan dalam hidup saya, adik adik ipar saya.!! Nott, Jib & Yatt. mereka juga insan yang baru hadir dalam hidup saya. mereka sporting, baik hati dan menerima kehadiran saya dalam keluarga mereka dengan ikhlas..:')

ok. tambah lagi tiga. saya ada empat orang adik. korang ada ke?hihi.


Keluarga besar saya!! jika mahu diceritakan seorang demi seorang memang tak akan habis. mereka mereka ini lah yang bersusah payah menjadikan impian saya suatu kenyataan ketika majlis persandingan saya! mereka juga kekuatan saya. tanpa mereka, memang tiada majlis seumpama itu. kamu semua memang hebat!! rindu saat saat bersama keluarga ini. semoga mereka tidak melupai saya yang jauh disini.:') sayang korang semua!!!


Sebahagian dari keluarga besar enche suami! alhamdulillah. mereka semua terima saya seadanya. walaupun belum mengenali mereka sepenuhnya. tapi saya sayang mereka semua. terutamanya maksu dan paksu yang banyak tolong kami menyempurnakan persiapan perkahwinan. 

Tanpa semua kekuatan saya ini, siapalah kami suami isteri!!


Akhir sekali, kekuatan terhebat saya (bodek bodek sikit sebab arini gaji..haha)!! enche suami yang tidak pernah jemu mencarikan saya kerja, updatekan resume saya, applykan saya kerja. tQ hubby!! love u much much. :')

tanpa mereka mereka diatas ini yang sentiasa menjadi kekuatan saya, siapalah saya!! tanpa kamu semua juga followers saya. siapalah saya..:')

ok. sampai sini sahaja.

tata. selamat meneruskan kerja!

Jangan lupa lihat iklan diatas bawah tepi blog ini. mana tau boleh tolong saya beli tiket flight balik semenanjung!!hihi

Salam.

p/s: penulisan agak kurang siuman kerana hati masih belum tenteram. risau keadaan atuk!! doakan atuk saya ya!!

2 comments:

  1. wahhh.. untungnye... siap tunjuk sijil lagi tu.. ekekeke.. ^^

    ><
    bilalah rin dapat kawen dengan suami hemsem n baik yeh? ekekeke


    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. gudlak n all the best
    *jeles tgk kamu... dah kaween hikhik..

    ReplyDelete