Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday 20 September 2011

Johnny English : Memang terbaik ah!!:D

Salam.

Jom minum pagi dulu sambil baca entri ini.

Sabtu lepas saya dan enche suami pergi menonton wayang dekat The Spring. perjalanan dari rumah kami ke sana mengambil masa 15-20 minit. boleh sampai sekejap kalau takda banyak kereta.


Dekat Kuching ni sik ada GSC mahupun TGV ya kawan kawan. Hanya ada MBO sahaja!  maka kamek nangga filem Johnny English (JE) di MBO sahaja. Kami sampai The Spring jam 10 malam. Tayangan untuk JE pukul 10.15 dan 11.45 malam untuk malam itu. mari layan gambar dulu. hee.


Sampai sampai dekat MBO memang ramai sangat orang sampai tak boleh kira dengan jari. penuh gilak!! ada 3 barisan yang sangat panjang sampai rasa taknak tengok wayang lah! tapi sebab sudah janji, kami beratur dengan sabar sambil bergamba gambar supaya tidak terasa kepanjangan barisan tersebut. 

owh! dekat sini nak beli tiket barisan lurus eh. tida laluan pusing pusing pening kepala tuh! haha. 


Lihat muka enche suami yang kebosanan menunggu untuk sampai ke kaunter hadapan. sampai minta di ambil gambar juga. yeay!! bukan senang kan..hihi


Akhirnya, setelah beratur selama 10minit, dapat jugak beli tiket. tapi tapi bukan 10.15 eh, dapat tiket jam 11.45 malam!! sape suruh datang lambatkan. nasib badanlah. hoho. 


Lihat! betapa ramainya orang dimalam hari begini. penuh dan sangat sesak. mungkin dekat sini ja wayang yang ada. ada lagi satu dekat bandar Kuching, tapi mengikut sumber dekat situ wayang lama. sini baru. baiklah!! saya ada 4 tiket..sapa mahu join tengok?jom!! hee..


ingat tak entri ini? saya ada cerita pasal junior saya, inilah dia! Kelsah. Beliau ni orang Sabah dan mengajar di UiTM Samarahan. comel kan? hee. kami sebaya tau, tapi dia nampak lagi muda dari saya kan. huhu. Kelsah ni pandai klakar Sarawak, memang sangat fasihlah! word word yang susah susah semua dia tahu. rahsianya sebab dulu dia amek diploma di UiTM Samarahan juga. untungkan?belajar disini, mengajar disini juga. tapi tapi kalau dia cakap semenanjung memang kelakar. hihi. 


Ha! lagi sorang ni kawan masa dekat dekat UiTM Shah Alam. Kami satu fakulti tapi kos lain. Nama dia Dean Nelson, beliau pun pensyarah di UiTM Samarahan. adeh! lihat, saya seorang sahaja penganggur disitu. sedih..:'(

eh eh. gembira la! sebab cerita Johnny English, memang terbaik kelakar sangat sangat!!! saya dengan diorang ni semua memang tak cukup nafas gelak!! bes cerita dia, tak bosan dan bukan movie biasa macam Mr Bean yang saya tak suka tengok tu. hihi.

Review filem ni? meh meh tengok dekat sini. mereka lagi pakar bab bab buat review ni. saya malas! haha. 


Saya gembira duduk disini, walaupun tidak ramai kawan seperti di semenanjung. tapi kawan kawan disini semuanya berkualiti dan sejati. tapi kawan saya yang paling baik mestilah enche suami kan. hii. dia lah kawan saya untuk bergaduh dan bergembira. tiada yang lain!!

enche suami!! maafkan saya kalau selalu buat kamu sakit hati. terima kasih sebab terima saya seadanya. love you so much!!hiks.

ok. habis cerita. mari memasak untuk enche suami pula.

till then.

Salam.

p/s: klik gambar untuk besarkan. tQ

2 comments:

  1. romantik arr.. >< sukeww.. ekekeke


    http://bulatmata.blogspot.com/2011/09/abam-jual-produk-nak-beli.html

    ReplyDelete
  2. nampak kamu sweet sgt..hahahaha..smoga bahagia ye yunk :D



    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete