Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 19 September 2011

Bergu Campuran yo..!!^.- Piala itu milik kami..:p

Salam.

Selamat pagi semua..kamu semua sihat?

hai semua followers tersanjung. macam tak kenakan. hee. takpelah.

Semalam saya bersukan badminton secara bergu campuran di Golden Hawk Futsal Centre, Kota Samarahan.


Kami bermain bersama dengan rakan rakan sekerja enche suami merangkap kawan saya semasa di UiTM dan junior course degree saya. heh. memang seronok lah kalau sesekali bersukan ni. badan rasa sangat segar dan kembali bertenaga mahu update blog. haha


Permainan sepatutnya bermula jam 8 malam, tapi batang hidung mereka masih tidak kelihatan. jadi tanpa melengahkan masa, terus keluarkan kamera dan suruh enche suami amek kan gambar. buat muka paling cun macam blogger blogger femes. tapi tak jadi. huhu.


Jam sudah menunjukkan jam 8 malam, tapi mereka belum lagi tiba. mungkin mereka gentar untuk bebergu campuran bersama saya dan enche suami. mereka tidak perlu gentar sebenarnya, kerana saya bukannya reti main pun. 


Akibat kebosanan terlampau, saya pusing pusing dekat kawasan itu sambil bergambar. lihat! kasut futsal sesuai dengan gelanggang futsal dibelakang itu kan? tapi dibahu ada raket badminton. memang fail! haha. 


Janji saya bahagia dan gembira, enche suami layankan sahaja. peace yo!! seperti kata AC Mizal.


Akhirnya, masa berlalu dengan begitu pantas!! kami berjaya memiliki piala seumpama piala dunia ini!! bangga kan jadi followers saya?? hoho. statement minta  penampar. haha

terima kasih mama, mak, ayah, kakak, abang, adik, sepupu, auntie, uncle dan kawan kawan kerana menyokong saya selama ini!!

alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT..


Enche suami turut berbangga dengan saya kerana berjaya menyebabkan pasukan bergu campuran kami memperolehi kemenangan dan kecermelangan lantas terus mencium piala tersebut.  

Yeay!! kami menang!!

ok.nampak sangat tipu!! main badminton menang piala bola sepak. memang nak kena sepak. hoho

Tepat jam 8.09malam, mereka pun sampai. kami memulakan perlawanan dengan sungguh bergaya.

ok. sampai sini sahaja.

till then. bye.

Salam.


p/s: terima kasih pakcik golden hawak yang pinjamkan kami piala itu untuk bergambar!!hihi.



4 comments:

  1. hai... salam kenal... jom singgah belog saya.. n follow saya jugak.. baru berjinak2 ni

    ReplyDelete
  2. ur face mcm familiar jer.

    Mcm Ayu Raudhah kot?

    ReplyDelete
  3. kukumalu: aihh..jgn begitu..malu lah..:) ayu raudhah tu cantik nau..huhu... tQ ya!!^.^

    ReplyDelete