Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 12 September 2011

Berblog mengisi masa lapang

Salam

Akhirnya, wujud jugak blog ni untuk coretan harian, perkongsian pengalaman di perantauan (haha..ayat mntak simpati cepat sikit husband dpt transfer..wekks), menimba pengetahuan, shopping. Bukan senang nak menulis blog ni. Amik masa yang lama berfikir nak cari trademark (la sgt), gambar, dan lain-lain. 

Timbul minat nak menulis blog ni sebab selalu sangat view blog cik epal, die seorang penulis yang berbakat, kreatif dan comel..haha..bukan bodek ni. betul punya cerita. Setiap entri dia ada pengertian tersendiri dengan cara sendiri. timbullah impian nk menjadi penulis berjaya seperti beliau dengan cara sendiri. 

Perantau.

Menjadi seorang perantau ni bukan senang lah seperti yang disangka. Susah la jugak. Berbekal kan ijazah yang dimiliki susah nk dapat kerja dibumi kenyalang ini (sapa suruh berhenti kerja..haha..). Semua tempat pun telah saya mohon. Termasuk menjadi cashier di Guardians. Tapi belum berjaya lagi. Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku.

2009

Namun saya percaya, rezeki sentiasa ada dimana-mana, tak kiralah dihujung dunia sekali pun. Kalau Allah redha, insyaAllah. Alhamdulillah, selepas berkahwin, rezeki tidak pernah putus walaupun sudah berhenti dari kerja sebelum ini. Walaupun keputusan untuk berhenti kerja itu amat berat untuk di ambil, namun saya redha demi menjalankan tanggungjawab untuk suami tercinta. Tempat isterikan disisi suami. haha. 

bersama salah seorang kakak kembar ku. insan yang banyak berjasa semasa majlis pernikahan ku (bukan masa nikah je masa xnikah pon byk gak sshkan dia..hee)..love you sis..

Mama dan mak mertua saya kata, mana ada orang terus senang lepas kawen. Kena lah rasa susah dulu sama-sama (ye..saya bersusah2 ni..konon..hee). Usaha mencari kerja akan terus dipertingkatkan, memanglah cukup gaji en husben nak tanggung kami sekeluarga (katanya), tapi tak mewah la macam saya kerja sebelum kawen dulu. boleh shopping macam-macam. Lagipun dia baru bekerja, belom konvo lagi, so gaji pun belom full lagi (lepas full bolehlah g nichii erk en hubby..hee..). Tapi saya bersyukur dikurniakan suami yang tidak pernah mengeluh walaupun saya tidak berkerja (tapi dia suruh jugaklah cari kerja sbb dia nak beli ps3..haha). 

gambar pre-wedding kat masjid besi putrajaya- credit to abg akramin

27 Mei 2011..selamat diijabkabulkan..alhamdulillah.

Macamtu lah serba sedikit pengalaman menjadi perantau ni..bukan senang seperti yang saya sangka..confident sgt senang dapat kerja kat bumi kenyalang ni..sampai berhenti kerja sapa suruhkan??tapi saya percaya..setiap yang berlaku ada hikmah..


okey lah..nak sambung cari kerja lagi ni..lepas ni saya sambung cerita la..macamana boleh pindah..pengalaman berpuasa diperantauan, beraya?..

till then..salam..

p/s: kalo ade sesapa tau vacancy kat area Kuching or Samarahan kasitau eh..=))

3 comments:

  1. wah cik fiqa sudah ad blog,.. keep it kippidup mrs muhammad hehe (1st comment xde adiah ke?)

    ReplyDelete
  2. haha..baru perasan..saja ja tulis tulis mengisi masa lapang..:p

    ReplyDelete
  3. eh2...kamu diijabkabulkan time besday ct lah...haha...semOga bahagia yunk :)



    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete