Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 17 October 2011

Alhamdulillah..it's positif..!!:')

Salam.

Hai semua followers & pembaca blog. diharap semua sihat sihat belaka.

Ramai yang tertanya tanya betul ke saya mengandung. ramai yang wish kat wall, sms, kol, msg FB, chat FB dan lain lain.

Yerp! saya mengandung. :')

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami dan kesejahteraan kami suami isteri disini. alhamdulillah. ini rezeki dari Allah SWT. tanggungjawab semakin bertambah dan banyak yang akan berubah selepas ini. doakan yang terbaik untuk kami.



Ramai nak tau macamana saya tau saya mengandung. pakai home UPT la. haha. 

Sebenarnya, banyak tanda tanda pelik pada diri saya! benda yang paling ketara adalah saya mula tidur tengahari dan petang. badan rasa tak selesa. macam nak period tapi tidak pula. ada satu hari tu, saya tengah chat dengan kawan baik saya. tiba tiba rasa macam kepala pusing. macam rasa gegar gempa bumi tu. berlari la saya lari keluar cek, betul ka gempa. enche suami tak rasa apa apa pun. kawan baik saya berseloroh suruh saya buat UPT. haha. masa tu saya buat biasa ja. iyalah taknak kecewa dan terlampau berharap.

Tambah lagi pelik bila saya selalu lapar! sebelum ni saya bukan jenis yang makan banyak. sekali sehari sahaja sudah cukup. tapi kali ni, pagi lapar, tengahari, petang dan malam malam. kalau lapar malam malam tu paksa enche suami belikan burger. sampai bergenang la air mata kalau beliau tanak keluar. suruh saya jaga makan jangan ikut hati. sambil sedih dalam hati diam diam makan roti dengan planta letak gula dan bakar. hee. ada satu hari enche suami tegur saya, kenapa asyik nak makan ja ni?kata takut gemuk. saya jawab balik saya lapar sangat yang tak tahan. 

Menguatkan lagi tanda tanda pelik dalam diri adalah gusi gigi depan saya berdarah tiba tiba. rasa sakit gigi! bila tengok cermin, rupanya berdarah dekat gusi macam terkoyak. pelik weh. tiba tiba sahaja!! 

Lagi satu, perut saya buncit! sebelum ni kalau saya gemuk, saya tidak naik di perut. naik kat tempat lain. emm tambah musykil period sudah lambat 10 hari. tapi period lambat ni, masa mula mula kawen pun macam tu juga! so itu bukan tanda yang membuatkan saya rasa pelik!

Jadi, saya mula search search dan bertanya kepada encik Google mengenai tanda tanda pelik pada diri saya! memang semua itu tanda hamil. tetapi dalam diri sudah dipujuk supaya tidak gembira sebelum ia disahkan kebenarannya! saya membuat keputusan mahu pergi ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan. tapi malangnya, setiap kali kami sampai depan klinik. klinik tersebut tutup berehat! 3 4 kali jugak la! kecewa betul.

Jadi, kuatkan hati juga beli home UPT di farmasi berhampiran. satu sepuluh hinggit, jadi saya beli dua! masa tu dalam hati, kalau negatif, bulan depan tak payah beli lagi! 

Home UPT kena test pagi pagi kan. so, pagi pagi terus cek! memang masa test tak tengok pun sebab dalam hati negatif la tu. tapi bila toleh dekat tester tu. dua line ok! jadi positif la kan!!alhamdulillah!!terus berjujuran air mata keluar. drama betulkan!!haha. terus gtau enche suami!:')



Drama air mata sebab kami memang menunggu saat saat ini, tambahan lagi orang disekeliling selalu bertanya. itu semua tekanan buat saya!:')

Kami terus pergi klinik untuk sahkan kandungan saya, alhamdulillah. saya sudah hamil 5 minggu lebih. perasaan saya?memanglah gembira, teruja, terharu, tak percaya dan lain lainlah. overkan? haha. 

ok. saya harap penerangan diatas telah menjawab persoalan kawan kawan semua. maaf kerana lambat bagitau kamu semua. bukan tanak bagitau, tapi terlalu awal. 

Semoga kandungan saya selamat, sihat dan baik baik sahaja. amin. 



Terima kasih lagi sekali kepada semua kawan kawan yang wish saya dan enche suami! 

ok. till then.

Salam. 





8 comments:

  1. uit.tahniah mommy to be!tc ye.en mat jge poka leklok yo.jgn kc die sedey2 :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , tahniah akak :) Semoga bahagia hingga akhir hayat .

    ReplyDelete
  3. :)
    tok che nah bkal dpt cicit :D

    ReplyDelete
  4. tahniah..mesti pak mat tue melompat gembira..hehe.jaga kandungan elok-elok. tiap-tiap hari jaga baby orang je kat wad, teringin gak anak tp tak kawen lagi..haha

    ReplyDelete
  5. tahniah akak , mesti baby tu pun cun mcm akak gak ! uhukss :)

    ReplyDelete
  6. wahhhhh..tahniahhh akak..ct lak exsaited :DDDDDDDDDD

    ReplyDelete
  7. Tahniah akak! :)

    ReplyDelete