Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Thursday, 17 November 2011

Epy Besday Nur Syafiqah Jasmin..;))

Salam.

Hai semua kawan kawan! Maaf lama sudah tidak update blog. kesihatan tidak begitu mengizinkan untuk update entri dan memerah otak. hee.

Alhamdulillah. kesihatan bertambah baik dari hari hari sebelum ini. biasalah kan! mana mana orang mengandung pun akan rasa benda yang sama. so just cool. 

Maklumlah umur da masuk 24 tahun ni kena cool cool ja. tak boleh nak buat perangai budak budak sangat. kena steady macam orang dewasa. cakap pun kena berdasarkan fakta bukan auta ye! fikir dulu sebelum bercakap dan bertindak. takut akan melukakan hati dan perasaan orang terutamanya orang tersayang dan orang sekeliling. 

ok. ayat diatas hanyalah impian semata mata semoga tercapai terutamanya bercakap berdasarkan fakta. hee. 

Anyway, terima kasih yang tak terhingga kepada semua kaum keluarga, sahabat sahabat yang telah mendoakan saya pada hari ulang tahun kelahiran saya! alhamdulillah. semoga kita sama sama sihat sejahtera hendaknya dan dilimpahi keberkatan oleh Allah S.W.T.

Ramai tanya macam perasaan sambut besday pertama kali dengan suami? apa hadiah yang suami bagi kat saya. ada surprise tak? haha. soalan biasa la kan.

Perasaan kali pertama sambut besday dengan suami? mestilah bahagiakan. cuma tak ada lah sambut sangat seperti makan dibawah cahaya lilin malam malam hari. tapi lebih indah dari itu! apabila saya dikejutkan dengan nyanyian selamat hari lahir dari beliau ketika saya sedang enak dibuai mimpi. ok la kan? hee. hadiah pula, tiada yang lebih indah apabila saya bukan sahaja dapat menyambut kelahiran bersama suami tercinta tetapi disamping baby dalam perut yang bakal lahir. insyaAllah. tak ternilaikan hadiah itu. siapa sangka insyaAllah diusia 24tahun saya bakal melahirkan seorang insan ke atas muka bumi ini?ya! saya sangat bersyukur. kita hanya merancang, Allah yang menetukan segalanya. perancangan Allah begitu indah. tQ Allah dan err..tQ enche suami. :')

Lagu Yang Terindah ini ditujukan khas untuk enche suami. ^.^


Saya bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab! alhamdulillah. beliau sentiasa ada disisi saya sewaktu saya memerlukan beliau. beliau bukanlah lelaki yang sempurna dimata orang luar, tetapi terlalu sempurna untuk saya. segala gala yang dibuat untuk saya tanpa sebarang rungutan dan paksaan. sepanjang tempoh perkahwinan tidak sekali pon beliau memarahi saya mahupun menyakitkan saya. cuma saya yang cepat terasa bila dia bercakap dengan nada yang series. ohh. yang pasti dia memang sangat sabar dengan perangai kebudak budakan saya yang senang menangis terutama ketika mengandung. duduk serumah dengan beliau membuatkan saya sentiasa gembira dan tertawa dengan lawak lawak beliau. (jangan ada yang dengki nak cakap mula mula kawen memang lah macamtu! korang doakan je lah semoga kekal sampai bila bila. ish!

Walaupun kemewahan harta benda tidak diberikan, tetapi saya mewah dengan kasih sayang yang tidak ternilai dari beliau. itu sudah cukup untuk membuatkan saya bahagia. kekurangan saya diterima beliau seadanya. kelebihan beliau menjadi pelengkap kelemahan diri ini. semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dan kebahagian ini kekal hingga akhir hayat kami. amin amin. ^.^

Untuk enche suami, saya tak perlukan hadiah mahupun sambutan sambutan yang mewah untuk saya. sudah cukup apa yang kamu berikan untuk saya selama ini. cukuplah! saya bukan materialistik!;)) saya cuma perlukan kasih sayang dari kamu tidak berhenti untuk saya. itu sahaja!:') 


terima kasih untuk hadiah ini. alhamdulillah.. love you so much hubby!:')

Emm. sebenarnya tidak perlu hadiah dan sambutan hari lahir untuk saya. tapi saya yang perlu bagi hadiah kepada mama dan ayah. tanpa mereka tidak wujudlah saya didunia ini. mereka yang membesarkan saya dari kecik hingga besar. mereka yang patut dihargai dan diraikan. bukan saya! saya hanya mampu hadiahkan doa semoga mama dan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa diberkati oleh Allah SWT, bahagia bersama hingga akhir hayat dan menjadi suami isteri yang romantik serta menjadi contoh kepada kami adik beradik. amin amin. 


tunggu kepulangan eqa tak lama lagi eh. hee. 

Tidak lupa juga terima kasih buat kawan baik saya cik ain dan cik syu yang nyanyikan lagu epy besday untuk saya dimalam malam hari. terharu ok! meleleh air mata i tau uolls. haha! love uolls so much! 

10 November 2011

Selamat Hari Lahir yang 24 Nur Syafiqah binti Jasmin. Semoga kamu menjadi insan yang berguna, muslimah yang sejati, isteri yang taat kepada suami, anak yang baik , ibu yang penyayang, adik dan kakak yang disayangi, kawan yang diingati, murah rezeki dan diberkati oleh Allah SWT.

ok. till then. 

Salam.

5 comments:

  1. sayam.epi belated bofday.maap ketiadaan fb tuk mengingatkan sy.lap u poka

    ReplyDelete
  2. 10/11?

    Ohh. birthday kita sama..weeee~

    ReplyDelete
  3. deqna: tQ tQ..;)) love u so much...hee..tape tape...at least ada blog kan..:D

    hanis: tQ dear..;))

    kukumalu: haha...epy belated besday ya!!:p

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete