Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Thursday 14 March 2013

Mari kembali ke sekolah

Salam.

Fuh. Fuh. Fuh. 

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah dengan tenang dan selamat kembali ke tanah air. sesekali balik berjumpa kaum keluarga memang sangat seronok kan. bergembira, makan, berjalan bersama memang aktiviti yang wajib setiap kali berjumpa bersama. terima kasih semua kaum keluarga yang terlibat dalam percutian kami sekeluarga. 

Alhamdulillah. aku sudah memulakan pengajian. baru minggu pertama kelas. baru dua hari kelas. tapi tahap tekanan telah naik ke tahap maksimum. kelas kami di mulakan dengan subjek Managerial Accounting. susah Hoi! aku yang memang belajar akaun sebelum ni rasa nak tergolek2, guling2 rasa nak amek balik yuran pengajian. sebab rasa nak tarik diri. 

Semester ni aku amek tiga subjek. setiap subjek akan habis dalam masa sebulan. Dalam sebulan ada 8 hari kelas. setiap minggu ada kelas sabtu ahad. hari sabtu kelas 4jam. hari ahad kelas 6 jam. dalam masa sebulan ni kene habiskan 2 case study, 1 individual assignment, 2 test, dan 4 presentation. habis sebulan nanti, boleh simpan buku dalam kotak terus. tak payah tengok lagi. tapi nak habiskan sebulan rasa macam sudah nak masuk setahun.eh siap ada classmate yang darah tinggi naik sebab nak siapkan case study subjek ni. kesiankan. semoga dia cepat sembuh.

Memang banyak dugaan nak mulakan kelas ni. maklumlah sudah lama tak belajar, tak berkerja, otak sudah tepu. setiap hari bangun pagi jaga anak yang tengah nak memanjat dan jatuh. bila dia tidur, baru terhegeh nak buat assignment, bila dia bangun, memang tak boleh usik dan tengok langsung. kena fokus kat dia sorang ja. pastu kena masak lagi. kena kemas rumah lagi. sapa kata jadi surirumah senang takda dugaan nak sambung belajar. aku mula buat assignment bila anak dan suami sudah tidur. adalah dalam 3 jam nak settlekan assignment yang banyak. itupun, bila anak tersedar, kene susukan dulu sampai dia tidur semula, baru la mula balik. 

                                                                                                                                                                              Sejujurnya, memang rasa nk serah diri. tapi yalah, banyak impian yang aku nak tunaikan. impian suami, mama, ayah, adik, kakak2, dan abang2 yang sentiasa mendoakan aku berjaya. aku kena jugak habiskan belajar ni dengan keputusan yang cemerlang, supaya dapat banggakan mereka yang sayangkan aku dan menghargai kewujudan aku. ohh. tak lupa untuk anak tersayang jugak. aku harap aku dapat jugak pakai jubah lagi sekali, supaya aku tak lagi menjadi bahan kutukan, umpatan, dan lain2 lagi. orang yang takda dekat tempat kita memang takkan faham apa yang kita lalui. 

Untuk dapat ketenangan memang selalu lah dengar suara mama. mama memang selalu jadi sumber inspirasi aku untuk bertindak mengikut keawarasan akal fikiran. tak payah mengadu dengan mama segala masalah, mengumpat apa yang tidak puas hati. tapi keperibadian mama cukup untuk aku jadikan contoh. sabar dalam semua perkara. jangan memburukkan orang lain walaupun kita berada dipihak yang benar. eh apa aku melalut ni. ok. memang mama yang terbaik dalam dunia. memang jauh beza nak dibandingkan dengan orang lain. hee. 

ok. da melalut banyak sangat. marilah siapkan assignment. aku kena tenang dan nak semangat dari semua orang yang aku sayang. aku taknak ada anasir luar yang mengganggu. semak. 

anyway, Kaabah memang cantik dan wangi :') madinah memang tenang dan mendamai kan. sejuk macam dekat Cameron Highland. hee. nantilah cerita berserta gambar.

ok. semoga kekuatan dalam diri ini tidak keluar hingga selesai pengajian.

*fikir dan kaji sebelum berkata-kata, supaya kita tidak nampak bodoh bila berbicara (Syafiqah,2013) 


3 comments:

  1. Suka quotes di perenggan terakhir! :)

    Selamat kembali belajar Iqa.

    Iqa buat coursework kan? Insyallah, coursework tak setough research. Rileks. Just go with the flow.
    Boleh tuee. Akak tahu Iqa ni orangnya tabah.
    Kejap je kang dah abis belajar. Pastu konvo anak pun dah besar dah boleh tambah lagi satu. eh?

    Ape²pun good luck!
    Selamat menjadi pelajar, ibu dan isteri yang berdedikasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kakak! thank you!

      Tengah sehabis tabah ni. hihi. taip assignment sambil sambil diri sebab anak berdiri kat kaki. haha

      Delete