Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Monday 5 December 2011

Menantu VS Mertua

Salam.

Hye semua! Lama tak update entri baru. maklumlah sibuk dengan diri sendiri. 

Entri arini nak cerita mengenai menantu VS mertua. banyak manusia yang tak sedar tanggungjawab masing masing. jadi marilah membaca entri ini.

Menantu

Ramai yang tanya saya, susah tak jadi menantu kepada mertua. garang tak mereka terhadap saya. ada tak perkara yang menakutkan. seksa perasaan bagai. sebelum kawen bukan main baik, lepas kawen macam harimau kalau nampak menantu ni, semua anak beliau yang betul. menantu semua salah! 

Alhamdulillah! tiada pula saya rasa begitu. sebelum kawen mama  saya ada berpesan;

 " Eqa kena layan mak dan ayah mertua macam eqa layan mama dan ayah. kena sayang mereka macam keluarga sendiri. macam darah daging sendiri. kena anggap semua yang berlaku antara eqa dan mereka macam eqa dengan mama dan ayah. jangan susahkan hati mereka macamana eqa taknak mama dan ayah susah hati. jaga hati mereka. muliakan mereka sepertimana eqa muliakan mama dan ayah. apa pun yang terjadi fikir kearah kebaikan. jangan canang kekurangan mereka kepada sesiapa pun termasauk kepada mama dan ayah"  

Jadi, sebagai menantu saya telah cuba yang terbaik. mungkin banyak kekurangan saya dimata mertua saya. tapi saya tahu mereka telah terima saya seadanya. macamana pun saya, mereka tidak pernah jemu telefon saya SETIAP hari. korang ada? haha. 

Sebagai menantu, kita kena terima segala kekurangan mertua kita. jangan ada perbandingan antara mertua dengan ibu bapa sendiri. perbandingan hanya akan membuatkan kita rasa tidak puas hati, disitulah akan timbul masalah yang tidak diingini berlaku. layanlah mereka sepertimana kita melayan ibu bapa kita, sayangi mereka sepertimana kita sayang ibu bapa kita, adik beradik kita. jangan burukkan mereka, jangan sakitkan hati mereka, jangan ada benci dalam hati untuk mereka. kerana bila ada semua perkara itu dalam diri kita. perhubungan anda dengan mertua akan menjadi semakin renggang. 

Janganlah mengadu domba masalah suami isteri kepada mertua mahupun mak bapak sendiri. itu sangat bahaya ok! perkara ini hanya akan menimbulkan rasa tidak senang diantara satu sama lain. elakkan berkata buruk tentang suami/isteri kamu kepada mertua mahupun keluarga sendiri. ini hanya akan memburukkan lagi keadaaan! Lagi satu jangan nak mengada mengada memburukkan mertua kamu kepada pasangan kamu. jangan belakang keluarga mertua sesekali kerana darjat mereka sama tinggi dengan ibu bapa kita sendiri.

Mertua

Saya belum ada pengalaman lagi menjadi mertua. insyaAllah akan ada rezeki suatu hari nanti. tapi saya ada pengalaman melalui permerhatian saya, terutamanya mama dan ayah yang telah menjadi mertua kepada 4 menantu nya. 

Alhamdulillah! kami bahagia walaupun menantu mama ada pelbagai perangai termasuk 1001 perangai anak mereka. hee.

Perkara pertama yang saya lihat ada dalam diri mama dan ayah saya ialah mereka selalu menangkan menantu mereka, tidak kira apa pun situasinya. sama ada logik atau pun tidak. terutama apabila bergurau ataupun anak mereka ada masalah dengan pasangan masing masing. keadaaan ini memang saya jarang sangat lihat pada mana mana mertua yang ada. jadi wahai menantu keluarga saya! sila bersyukur. haha. walaupun geram kadang kadang, tapi korang dapat fikirkan apa rasionalnya mama dan ayah buat begitu? supaya semua menantu mereka senang mesra dalam keluarga ini. alhamdulillah!

Jadi, sesiapa yang bakal jadi mertua ataupun sudahpun menjadi mertua. terimalah menantu kamu itu sebagaimana anak kamu menerima beliau sebagai pasangan hidup. ingatlah! menantu kamu yang membantu memberi kebahagian dalam diri anak anda. jangan ketepikan perasaan menantu anda sungguhpun anda tidak boleh terima kekurangan beliau seadanya. jangan pernah membezakan antara anak sendiri dengan menantu. kerana perbezaan yang anda lakukan akan menjauhkan diri anda dengan kebahagian yang anda betul betul dambakan!

Menantu VS Mertua

Ingatlah! memberi kasih sayang kepada orang yang memerlukan kasih sayang anda kan dapat pahala. keikhlasan dalam menerima seseorang itu hadir dalam hidup kita juga melahirkan pahala untuk kita. 

Janganlah ada perasaann membanding bandingkan dalam hati anda. perasaan ini akan menjauhkan dari kebahagiaan yang selama ini kamu cari. berdoalah semoga hati kamu sentiasa ikhlas menerima siapapun yang telah hadir dan akan hadir dalam hidup anda. jangan melukakan hati orang orang yang sepatutnya kamu curahkan kasih sayang! 

* Menantu=> sayanglah mertua anda sebagaimana anda sayang pasangan anda. jangan sesekali jauhkan diri anda dengan mereka. terima mereka seadanya. jangan hilangkan kasih sayang anda untuk mereka. muliakan mereka sepertimana kamu muliakan ibubapa kamu!;))

* Mertua=> sayanglah menantu anda sebagaimana kamu sayangkan anak kamu. jangan pernah sesekali merebut kasih sayang anak kamu dari pasangan beliau. kerana Allah itu Maha Adil. Beliau telah bahagikan kasih anak untuk ibubapanya dan kasih sayang anak untuk pasangannya dengan seadilnya! ;))

*entri ini hanya untuk renungan bersama*

Maaf jika penulisan sangat teruk!:D

3 comments:

  1. alhamdulillah, setakat nih mertua saya ok dan baik..kita boleh bertepuk tamparlah..tapi masih lagi ada rasa hormat tuk mereka..syukurrr..bahagia rasa..

    ReplyDelete
  2. saya belom berkahwin dan tidak tahu lagi macam manakah sifat2 bakal mertua 1 hari nanti.. takut jugak kalau2 dia x suka kat saya lepas kahwin dengan anak dia..

    ReplyDelete
  3. zulaikha: alahamdulillah..:D

    nana: bykkan berdoa..insyaAllah...:D

    ReplyDelete