Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Friday 1 February 2013

Indoor Playground Zakhwan @ Kuching Sarawak

Salam

Alhamdulillah..
Sudah masuk tahun 2013. Selamat tahun baru. sudah lambatkan. haha. biarlah!

Akhir2 ni suka sangat bawak Zakhwan masuk ke Indoor Playground. Sekarang Muhammad Zakhwan sudah berusia 8bulan. maka dia sudah semakin kenal dengan permainan dunia ini. jadi kami sebagai ibubapa yang penyayang haruslah menggembirakan hati beliau.

 Kami jumpa dua Indoor Playground yang menarik kat Kuching, Sarawak. Satu Kidz Paradize @ The Spring dan satu lagi Kiidz Clubhouse @ Plaza Merdeka. Haruslah Zakhwan sudah masuk kedua dua playground ini.Aku tak tau Zakhwan suka ke tidak. tapi yang penting ayah dan mama Zakhwan excited nak bawak Zakhwan masuk Playground tersebut. untuk ibubapa yang macam kami, yang duduk di perantauan yang jauh dari kaum keluarga, yang tidak dapat pindah ke semenanjung lagi, taktau hujung minggu nak jalan pergi mana dah. marilah sama sama menggembirakan hati melihat telatah anak bermain sambil berdoa cepat dihantar pulang ke semenanjung!amin.

Playground pertama Zakhwan masuk ialah Kidz Paradize @ The Spring. Tempat dia berhadapan dengan panggung wayang. kawasan permainan luas dan cantik, bersih serta selamat untuk kanak2 bermain dengan riang gembira. Kalau korang macam selalo nak bawak anak masuk dalam ni, aku cadangkan korang jadi member. kalau nak jadi member kene bayar RM30 kalau aku tak silap. lepas tu korang bolehlah enjoy benefit dia. aku tak berapa pasti tentang benefit dia. tapi yang aku pasti korang akan dapat diskaun masa nak bawak anak masuk dalam tu. contohnya, kalau non-member RM25 untuk jam pertama tapi kalau korang member RM18 untuk jam pertama. ok memang mahal kan. tapi playground die memang besar. untuk anak anak yang da pandai berjalan. memang tak rasa membazir. sebab boleh main semua benda. macam Zakhwan ni, die belum pandai berjalan. tapi mama & ayah dia tak sabar nak tengok Zakhwan masuk jugak dalam tu. so marilah ke kaunter. ohh. untuk pengiring (dewasa) kene bayar RM2 per entry. 

Masa dah sampai kaunter, korang memang kene daftar isi borang. prosedur mungkin. masa tengah isi borang. staff tu tanya Zakhwan berapa bulan. masa tu aku dengan spontan jawab 6bulan lebih. hoi. masa tu Zakhwan da 7 bulan lebih. apalah mama ni. konon nak diskaun. yelah, baby mana boleh main banyak benda. ish. kasilah murah sikit. ok. lepas tu staff tu terus angkat telefon call bos mereka. pastu call lagi. pastu call lagi. akhirnya, staff yang bertugas bagi Zakhwan masuk secara percuma. tapi hanya untuk 10 minit. ada tapi lagi, mama kena bayar RM2 untuk masuk dan RM4 untuk stokin. mahal la setokin itu. hari tu pulak kau tak pakai stokin kan. dah membazir. haha. kedekut. Zakhwan dapat masuk free sebab masih kecil. mereka tidak mahu tanggung risiko kalau Zakhwan kena penyek dengan budak lain. sebab mereka tidak mampu mengawal semua kanak-kanak. lagi satu sebab staff tu kesian kot tengok muka aku da isi borang beria nak masuk. alhamdulillah. rezeki Zakhwan dan rezeki mama. haha.






Sebelum masuk, kene cuci tangan korang dengan baby. lepas dah dapat masuk, mestilah tak cukup 10 minit, nak bagi Zakhwan main lagi, nak amek gambar Zakhwan lagi. hehe. ayah Zakhwan duduk luar, tolong jaga stroller dan amek gambar. sekali lagi, staff dekat situ bagi je Zakhwan dan mama main lagi sampai puas. siap datang kat kami offer nak ambilkan gambar. secara keseluruhan, Kidz Paradize ini memang menarik. layanan staff pun terbaik. boleh datang lagi bila Zakhwan sudah setahun. tQ ye staff2 Kidz Paradize yang baik hati. jumpa lagi nanti.

Minggu berikutnya, kami pergi ke Plaza Merdeka, Kuching. ternampak banner Kiidz Clubhouse. terus kami cari playground itu. Bila sampai dekat kaunter, terus tanya, baby boleh masuk tak. alhamdulillah boleh masuk. kena bayar RM15 dan stokin RM4. lagi sekali tak pakai stokin, dah tau kan memang stokin tu wajib pakai kot. aurat. tapi boleh lupa. ish! sekali lagi kene beli stokin. aku tak berapa pasti RM15 tu untuk aku ataupun bayaran untuk Zakhwan. rasanya untuk aku kot. tak tanya banyak masa tu sebab nak masuk laju2 tak sabar nak bagi Zakhwan main.

Kiidz Clubhouse ni dia asingkan tempat permainan baby dengan kanak kanak yang sudah besar. ada bilik untuk bacaan kanak kanak, ada permainan Wii dan Xbox disediakan. yang ini takda dekat Kidz Paradize. ruang untuk permainan baby seusia Zakhwan dekat Kiidz Clubhouse lagi besar dan selesa. masa kami masuk, tak ramai pon kanak2. mungkin sebab tempat ini baru bukak. ramai lagi belum tahu. Zakhwan nampak lagi suka main dekat sini. permainan dan ruang yang disediakan sesuai untuk baby seusia Zakhwan. lagipun harga nak masuk lagi murah. 

















Secara kesimpulannya, bagi aku yang sudah masuk kedua dua playground ni, aku rasa kalau anak korang seusia Zakhwan, lagi sesuai datang dekat Kiidz Clubhouse @ Plaza Merdeka. tapi kalau anak korang sudah pandai bermain dan berjalan serta berlari lari dan yakin tidak akan dipenyekkan oleh kanak kanak lain. aku cadangkan korang bawak dekat Kidz Paradize @ The Spring. Bagi aku, tak rugi pun bawak anak datang playground macamni. bagus untuk mereka berkawan, untuk perkembangan otak dan kenalkan suasana baru. macam Zakhwan memang belum pergi taska lagi. so bila jumpa kanak kanak lain, dia nampak macam suka dan ceria. ohh. jangan risau ye. tiada perbezaan harga antara warga sarawak dan pemegang pasport biru seperti kami. bagus!heheh.



Muhammad Zakhwan, semoga kamu jadi anak yang soleh ye sayang. mama & ayah sayang sangat dekat Zakhwan. nanti Birthday Zakhwan kite potong kek ya? Zakhwan cepat tumbuh gigi & jalan tau. oh ye! cepat cepat belajar sebut 'mama'. love you baby mok. hiks.

ok. next week sudah mahu balik semenanjung bercuti dan berbulan madu. heheh. semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. amin. 




p.s. nak habiskan satu entry pon azab. adoi!haha.

6 comments:

  1. Haha. Akhirnya Kak Eqa dah kembali dengan entry yang panjang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sblm ni pny entry pon ada..haha..bz laaa

      Delete
  2. RM 15 di Kiidz Clubhouse itu adalah entry fees utk yg bukan member. dia kira per hour.
    kalau member bayar rm50/months or rm130/4months. unlimited. tp still yg Wii & Xbox tu kena bayar rm5 kot tak silap.
    so kalau iqa plan nak bawak zakhwan selalu or every weekend untung amik yg bayar per month tue.
    gituuu explaination akak, nampak nau takde tempat nak pegi kat sini pastu explore dan study sesatu kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..yaka..heheh. perlu difikirkan ni. eh asal xbuat entry? senang nak rujuk?haha.

      tapi perasan x. nama playground mcm nama akak. haha.

      yela. apa lagi boleh buat. nak balik kampung jauh. nak tengok wayang xboleh. adoi .

      Delete
    2. haha. entry? ade 8-9 entry dlm draft ntah bile nak clearkan. alah, ramai manelah bloggers dok sarawak nie. opsss!

      akak tgok wayang hr tue tinggal isya. tu je lah sekali dr sebelum bersalin. hihi

      Delete
  3. Ehh lagi satu nak tambah, akk tak suka kidz paradise sebab hari tu kantoi diorg tak bersihkan playground area. akak nampak dr luar.
    ade budak tu die berak, dah terkeluar dr pampers, mak bapak die tak perasan. so memang tercemarlah kolong tempat gelongsor tue dan seangkatan dengan laluannya.
    tu pun tak tahulah diorg bersihkan betul2 ke tak. boleh nak main tp hati2 lah. kena tengok. For zakhwan kecik lagi ok kot sebab iqa pantau. kalau dah besar sket dia main sendiri tu yg tak ok sgt tue.
    kat boulevard ade, tp yg open biasa punye.

    ReplyDelete