Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday 4 December 2012

25 tahun!Jubli apa ye?!:D

Assalammualaikum..


Lamaaa sangat tak update blog kan?hampir setahun kot. ke da lebih setahun?hee.maafkanlah.saya melalui hari yang sangat sibuk.sibuk dengan kerjaya sebagai surirumah semasa mengandung dan sekarang sibuk melayan suami dan anak serta rumah yang besar untuk diuruskan oleh seorang surirumah yang sibuk!ohh..da pindah rumah. nanti cerita dalam next entri kalau tak sibuk!hee.

Alhamdulillah.10 November 2012. (10.11.12).

25 tahun sudah menjadi seorang insan yang diberi nama Nur Syafiqah binti Jasmin. saya dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan diberikan didikan agama yang cukup sempurna.saya dianugerahkan mama dan ayah yang sangat tinggi budi perkertinya, tidak memandang keburukan orang hanya melihat kebaikan, ringan menghulur tangan membantu orang didalam kesusahan, tidak pernah jemu memberi nasihat dan sentiasa mengingatkanku untuk tidak lupa beribadat kepada Allah SWT.

Terima kasih mama sebab melahirkan dan membesarkan eqa kedunia yang indah ini dengan penuh kasih sayang. terima kasih ayah melayan kerenah eqa dari bayi sehingga saat ini walaupun telah menjadi isteri orang. terima kasih kak ida & kak ija menjadi kakak yang begitu sempurna untuk eqa. terima kasih abang kerana sentiasa mengingatkan eqa tentang adab sopan sebagai seorang adik, anak dan sebagai wanita Islam. terima kasih mimi sebab sentiasa mendoakan kakak ke arah kebaikan. terima kasih abang aizul & abang saiful yang menganggap eqa seperti adik sendiri tanpa pernah mengira masa mahupun wang ringgit ketika menguruskan eqa. terima kasih kak zura sebab hadir dalam hidup eqa dan menjadi kakak yang baik dan pendengar masalah eqa. eqa sayang sangat dekat semua!:')

Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukanku dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab. sanggup menerima segala kekuranganku. sanggup melamarku untuk menjadi seorang isteri dengan ikatan yang sah. sanggup menjagaku serta melayan kerenahku. aku dianugerahkan seorang suami tidak pernah kenal erti penat ketika melayan segala kehendakku. tidak pernah kata tidak untuk setiap keinginanku terutamanya bab makan (saya memang suka makan). ketika mengandungkan anak sulong kami, segala keinginanku menjadi kenyataan. dia sentiasa ada disampingku walau apa keadaan sekalipun. sentiasa membimbingku untuk menjadi muslimah sejati. menjaga kehormatanku. tidak pernah meninggikan suara kepada ku apalagi memarahiku. alhamdulillah. syukur! terima kasih enche suami! :D

30 Mei 2012

Saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Zakhwan bin Muhammad. Kelahiran Zakhwan adalah anugerah yang terindah buat saya dan suami. anak ini telah memberikan kami suami isteri rezeki yang tidak putus putus. kami tidak pernah merasa susah sepanjang membesarkan dia sehingga hari ini. benarlah setiap anak hadir bersama limpahan rezeki. Zakhwan dilahirkan secara normal di Hospital Besar Melaka ditemani oleh suami tercinta disisi. Alhamdulillah suami sempat pulang dari Sarawak ke Melaka. Syukur alhamdulillah!Allah kabulkan doaku untuk suami menemaniku saat aku berjuang melahirkan anak. saya bahagia berkongsi saat yang paling indah itu bersama suami. terima kasih ya Allah!


Sepanjang 25 tahun hidup, saya telah merasa banyak nikmat kehidupan didunia ini. saya mempunyai keluarga yang bahagia, saya dianugerahkan suami yang bertanggunjawab, saya dianugerahkan keluarga mertua yang baik, saya dianugerahkan anak yang tidak ternilai harganya. saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. sahabat2 yang mengingati dan menyayangi saya. saya hidup bahagia! banyak kenangan manis didalam ingatan bersama orang orang yang saya hargai dan saya sayangs. alhamdulillah! Mungkin saya tidak bernasib baik seperti insan lain yang berjaya dalam pelbagai bidang dan banyak yang boleh dikongsikan, tapi saya bersyukur dengan setiap detik dan saat yang Allah berikan untuk saya diatas muka bumi ini, untuk saya sentiasa mencari keberkatan dan memohon keampuanan dariNya. :')

Setiap orang tidak akan terlepas dari diuji oleh Allah SWT dalam hidupnya. namun saya redha dengan setiap ketentuanNya. Tuhan telah memberikan saya banyak kesenangan dan nikmat kehidupan yang melimpah ruah. siapa saya untuk mempersoalkan setiap ujian yang telah berikan olehNya. sesungguhnya saya redha! saya redha tidak diberikan perkerjaan untuk membantu suami, tapi saya diberikan anak untuk saya membahagiakan serta menggembirakan suami. saya diberi dugaan yang maha hebat ketika saya ingin memperbetulkan diri dan berubah menjadi muslimah yang sejati, tapi Allah SWT berikan saya ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi dalam mengawal emosi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang. selepas bernikah, Allah jauhkan (read as tempat yang jauh) saya dan suami dari keluarga kami, tapi Allah berikan kami sahabat sahabat yang sentiasa menolong kami ketika kami memerlukan bantuan, malah ini lebih baik kerana masa yang sesuai untuk saya lebih mengenali suami dan kami bahagia. kami makin rapat, jadi sahabat baik, susah senang sama sama dan lebih berdikari! (tapi sila doakan kami sekeluarga cepat pulang ke semenanjung, amin!)

Alhamdulillah setelah hidup selama 25 tahun, kini, saya adalah anak, isteri dan mama!



Harapan?saya mahu menjadi umat Islam yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan, istiqamah dalam beribadat dan melakukan kebaikan. menjadi seorang isteri yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya menjadi isteri yang solehah untuk suami, cuba untuk menjadi anak yang baik kepada mama dan ayah serta mertua,menjadi mama yang baik dan bertanggungjawab kepada Zakhwan dan anak anak yang bakal lahir, menjadi kakak yang memberikan contoh yang baik kepada adik adik, menjadi adik yang baik untuk abang2 dan kakak2. doakan saya!amin.

Seandainya pernah ada diantara kamu yang terluka dengan perbuatan mahupun kata kata saya, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti. semoga kemaafan kalian memberikan keberkatan kepada kehidupan saya didunia dan diakhirat! amin.

Akhir kata, saya hanya ingin bahagia bersama orang2 yang saya sayang!


Babai dari mama dan Zakhwan! :D

Sent from my iPad

Posted via DraftCraft app

8 comments:

  1. haha..mmg bz bebeno..dah lama tak chat? still gne number lama ke tak eh..=) -ucuk- hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi....ok ja..tq wish besday aritu..pakai no lama..xdpt rply..masa tu belom bye bill..hahha...

      Delete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.
    Dear Syafiqah,
    this is an open confession, well I can say its an open apologize to you.
    Sorry must be the hardest part but I guess it shouldn't be the end point of everything. It might a starting point of something that we didn't know.
    Well, frankly speak, I did a mistake.
    I did it to you and your family. I really didn't know how, when and why those of that thing happened.
    Im not blaming others, me, myself, I also had a bad-side of mine. As well as the other too.
    So, that would be the crucial part that Im losing control of what I've gone through. But, it doesn't meant that Im really into it.
    All I can do is back to the root, I pray to Allah that this would be the last that I ever did.
    Luckily, you're happy, bliss & bless. Im happy to see you and your family happy. Forget about me and what Im currently faced.
    As long as you're happy Im ok with it. Because, Im really felt that Im the one that makes you sad few times ago. And I would bear the responsible to make sure you wouldn't hurt or sad again.
    Sorry again. Deepest and truly from my heart.
    Wish you all the best in life, InsyaAllah.
    Maybe someday until we meet, or if we meet, we'll be friends or else I would accept that Im your enemy for a life.
    Thank you for your patience. You're a good wife and mom. The luckiest person on earth to have you is your husband. You're really a good person and Muslimah as well as I'm comparing to myself. May Allah always bless you.
    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak balkidz..pjgnya tulis...heee...reply melayu blh eh?ermm..semua org pon pnh buat salah...termasuk kita..Allah menguji xpernah berhenti kan..supaya kita sentiasa tidak terpesong dari agama Nya..kite redha dengan apa yg jadi..ssh nk lupa..tp kena hadapikan..kite pon mntk maaf kalo ada salah kat akak..kite da lamaa maafkan akak.kite da lama baca blog akak dr sebelom kawin lg..xsangka jmp in real life..dekat airport..dlm kereta..siap bangga dengan suami sbb jmp akak..hiks..akak ada suami yg baik..anak yg comel..semoga berbahagia...:D

      Delete
    2. Sorry, akak memang susah nak express feeling in Malay! perasan matsaleh sangat kan, padahal grammar berteraburrr ;p
      Akak harap Iqa redha & ikhlas maafkan akak sebagaimana akak ikhlas mohon maaf kpd Iqa & family. Maafkan akak jugak kalau ada kata² & perbuatan akak yg buat Iqa sedih, kecewa & rasa disakiti. Tapi percayalah, at first place akak tak terlintas nak buat Iqa, keluarga akak mahupun sesiapa berkecil hati.

      Akak anggap ni semua ujian Allah kpd akak. Mungkin akak yg perlu muhasabah diri, kenapa dan bagaimana, betulkan mana kurang & silap diri akak.

      Akak tahu Iqa baik dan isteri yg taat. Alhamdulillah, Akak lega akak dah balik kepada keadaan asal walaupun tak sepenuhnya. Akak harap Iqa pun sama. Akak tahu susah utk Iqa dan susah jgk di pihak akak utk hadapi apa yg terjadi. Tapi hidup mesti diteruskan. Doa akak semoga Iqa & family sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah dan dijauhi dari sebarang musibah.

      Ohh, terharu ada jgk org baca blog akak yg ntah ape² merepek tue. Akak harap akak boleh jadi seperti Iqa. Iqa muda, cantik tapi jauh lebih matang. Akak juga harap Iqa & family bahagia. peluk cium utk Zakhwan yg baru sekali je dapat main ngan dia hari tue. sobs T_T Lupa, Happy Belated Birthday dear! :)

      Delete
    3. ehem. baru nak reply. bz sgt ni.hee. insyaAllah kite ikhlas. akak doakan kite ikhlas ye. kite nak rasa tenang, malas nak ingat benda yang lepas. akak pon tak payah ingat ye. :D

      amboi. tinggi sangat tu pujian tuk kite. kite biasa biasa ja, cuma selalu cuba untuk jadi lebih baik dari semalam. terima kasih untuk doa akak, terharu.hiks. ohh. mana tau lepas ni terjumpa ke terserempak. jangan lupa tegur kite ye! tq. happy belated besday untuk akak juga. :D

      Delete
  4. Hamboiii busy kalah org yg hari2 ngaja ni. Hehehe.
    Akak ikhlas Iqa. lepas dr kisah lama tu,Akak selalu doa yg baik2 je utk Iqa&family dan jgk utk family akak. Akak dah lupa dah benda lama. Bagi akak tu cerita kejahilan & kekhilafan akak yg patut dijadikan sejarah dan diluputkan dr ingatan. Perit akak rasa, pedih lagi yg iqa alami. full stop. Enough said ;)
    Memang pujian tu layak utk awk. Akak patut belaja dr awak jgk sebenarnya. akk lg terharu awk sudi terima maaf akk. Thanks again ats keikhlasan utk akk yg byk silap nie.
    Ohh nama je dok kuching yg x bape besar ni tp mmg susah nak jumpa kan? Iqa tegur jgk akak jgk kalau jumpa k? ehh tp ade condition yg perlu dipatuhi, maka cuba menjaga sebaik mungkin.
    Take care n be good ok!

    ReplyDelete