Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday, 13 September 2011

rindulahh kat geng2 opis lama..T_T



Salam 1 Malaysia & Salam 1 Mosti..

Entri ni khas untuk rakan rakan seperjuangan tersayang yang berada jauh di sana di Semenanjung. tetiba ja rindu kat korang semua. 

Untuk pengetahuan semua, dulu saya bekerja di MOSTI. tau tak MOSTI tu apa? tak tau? pergi search sendiri eh. korang semua kena tahu. baru la senang nak amek exam SPA nanti. paham?hee.

Saya start berkerja dekat MOSTI ni pada 1 September 2009 (Masa tu ulangtahun couple saya dengan enche suami yang kedua). tak sangka dapat kerja kat situ (ayat standard). yela, masa tu baru ja habis belajar. kira macam fresh graduate lagi la. konvokesyen pun tak sempat lagi. alhamdulillah. rezeki dari Allah SWT.

tempat duduk saya. rindu lah. kantoi pulak bukak FB

Gigil lutut la masa masuk sini mula mula, yelah tak kenal sesapa. tak tau macamana kerja yang akan dibuat. tapi Alhamdulillah, kawan kawan kat sini semua friendly sangat. seminggu masuk sini terus saya rasa boleh da masuk dengan suasana opis ni. 

tengok pinggan licin tu zett yang makan nasi lemak taw. bukan saya. haha saya pny pinggan lagi licin

Ni lah kawan paling terrapat, ezzati @ zett. Zett ni manusia pertama yang berkawan dengan saya masa hari pertama saya masuk . Mula mula tengok dia memang macam model tau dia ni. Zett ni sangat baik hati, tak busuk hati punya orang. gila gila. kalau dia tak datang, sunyi jugak lah saya kat opis tu. tak berkira. dulu masa saya belum ada kereta dia selalu bawak saya keluar makan waktu lunch. pergi mana mana pun dia tak pernah tinggal saya. saya sangat selesa berkongsi cerita rahsia dengan dia. TQ kakak ati. hiks.o0o. dia pandai masak. nasi ujang dia memang terbaik kalau korang nak makan nasi ujang datanglah rumah dia.haha. Senang cerita selesa lah berkawan dengan dia (sape yang masuk MOSTI pasni cari lah dia tuk jadikan kawan.haha. bukan single eh. da dabel..=p). =)

masri, saya, zett, miss K, en syah, lan, matt noor

haa. saya ditempatkan di unit TechnoFund (TF). tau tak apa tu TechnoFund? haa. pergi cari sekarang. haha. ok poyo. Kat atas ni gambar saya bersama semua staf TF. bes duduk unit ni. sebab saya, izzah (tiada dalam gambar) & zett ja perempuan. haha. eh yang baju putih tu perempuan jugak. dia bos kami, miss k. miss k ni baik, fun, kadang2 ada jugak lah angin kus2. biasalah boskan.hee.

gambar dengan bos TF.

 Sebelum ni ada ramai lagi staf lelaki kat TF ni. Dinish, Sathes, Syamsul, Nazri, Farhan, Fahmi. tapi semua da berhenti. dapat kerja lain. 

masri yang suka pura pura macam kura kura

Nampak tak orang yang pura pura tengok PC tu. nama dia Masri single & available. Dia memang macamtu, suka buat buat buat kerja. haha. Masri nama panggilan en mustapha endut ni baik orangnya. dia selalu belanja saya dengan zett McD yang breakfast tu. Sanggup bangun awal pagi pagi pergi drive thru McD sebab da janji dengan kami. baguskan masri ni da la hensem banyak duit berbudi bahasa baik hati (bodek je tau!!haha). eh. dia ni selalu sakitkan hati saya dengan zett tau. geram jugak kadang2. tapi kalau dia takda tak lengkap la hidup zett sbb tak orang nak bergaduh kami. Masri da dapat kerja baru, tak lama lagi dia pun nak berhenti. Tahniah bro. 

saya peserta tarian cuti cuti satu malaysia selama 2 tahun taw. sampai kat sijil pun ada gmbar saya. bangga jup. hiks.

masri, izzah, zett, lan

Gambar kat atas ni geng TF paling bes. haa. ada lagi sorang nama fahmi. tapi tiada dalam gambar sebab da berhenti sehari sebelum gambar ni diambil kot. haha. sori bro fahmi. 

Nampak tak yang kecil molek tu. nama dia izzah.. orang melaka, nampak kecik tapi garang. en syah pun takut kena sound dengan dia. jangan main main. haha. tapi dia sangat cekap wo buat kerja. slamber ja orangnya tak campur hal orang lain tapi baik hati. selalu kalau nak gula gula mintak kat dia, sebab dia mesti ada stok.

 Yang baju kaler purple tu azlan, dia pekerja paling dedikasi dalam TF, kalau dia tengah buat kerja memang jangan kacau la. dia tak layan. tapi kalo time die tak buat kerja memang bes sembang dengan dia. dia ni lawak jugak orangnya. gaya dia buat semua orang suka berkawan dengan dia. lan ni orang melaka jugak macam saya dengan izzah. senang cerita orang melaka memang bes lah bukan macam masri tu. hee. banyak lagi gambar rakan rakan seperjuangan yang baik  kat opis ni. jom layan. 

fizul, esmet, zett, kak azah, harri, mat nor 

 ida yang kelakar. mek klate. anak dia super cute.

Tengok mek ida tu, dia kelakar orangnya. kami sebaya tapi dia sudah ada seorang anak yang sangat comel. masa saya da hantar kereta kat sarawak aritu, saya balik setiap hari jalan kaki naik bus dengan ida ni. ida ni suka memasak, saya paling suka makan roti jala dia buat. memang sedap lah. kami selalu beli makanan kat kafe dan lunch sama sama secara beramai ramai dengan zett, kak tinie, kak nurul dengan kak su dekat tempat kak tinie. kak tinie memang dengan rela bagi kami sepahkan tempat beliau. hahah. kami penah pergi makan kat tasik sama sama, ambil gambar, pergi shopping, makan dan karok dekat alamanda time orang lelaki solat jumaat. haha. memang bes. 

 kak nurul yang comel. garang tau dia ni. haha

amek berkat sikit..hiks
mayna (orang muar sgt baik dan jujur orangnya), kak tinie(sedang mengandung), zett

Selama hampir dua tahun saya bekerja kat MOSTI, banyak sangat pengalaman manis pahit dilalui. semua tu menjadikan saya semakin matang dan dewasa. Pengetahuan dan pengalaman yang saya belajar dan perolehi dekat sini sangat bernilai. Semua tu tak akan dapat dimana mana. 

Kesimpulannya, memang bes lah tempat kerja saya dulu. sebab saya ada kawan kawan yang menggembirakan dan menenangkan hati saya. memanglah kadang kadang tu ada terasa dengan diorang. tapi tu semua biasalah, mana ada orang yang sempurna kan. bila dah berhenti kerja ni semakin rindu nak berjumpa berbual dengan diorang. harap harap diorang pun rindu lah dekat saya. 

Untuk kawan kawan kat seksyen dana, kalau korang baca entri ni, eqa nak mintak maaf ye kalau pernah sakit kan hati semua. eqa gembira sangat dapat kenal kamu kamu semua. kalau nak cerita pasal kamu semua memang sampai esok pun tak habis. sebab banyak sangat kenangan manis ditempuhi bersama. tapi percayalah kenangan bersama korang semua xpernah luput dari ingatan eqa. love u all so much.  

ok. da habis cerita. bye

 salam.

( klik gambar tu kalau nak besarkan)

p/s: ada orang tanya pasal baju pengantin saya. nanti la saya cerita eh. hee. 

No comments:

Post a Comment