Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Tuesday, 13 September 2011

Honeystar @ Damai Beach Resort...

Damai Beach Resort

Salam..

Hai semua pembaca setia blog ni (konon2 ade la..hee)..Sesiapa yang kenal saya dengan enche suami mesti tau..kami tak sempat pergi berbulan madu @ honeymoon, memandangkan enche suami kena segera melapurkan diri seminggu selepas majlis pernikahan kami. Walaupun dapat penangguhan selama seminggu, tapi xsempat jugak. Banyak benda kene settle, cari rumah, uruskan penghantaran kereta, beli barang2 dan lain2. 

11 Jun 2011: hantar en suami ke KLIA (muka buat2 gembira)

Jadi, semasa saya sampai sini, sebulan selepas encik suami menjadi perantau, beliau telah berjaya mengetahui, memahami dan cekap semua jalan di Kuching, Samarahan dan beberapa tempat disini. Hebat kan? haha.. bolehlah bawa saya honeystar bukan honeymoon disinikan. hee.

kak ija, abg aizul(abg ipas), ayah, mimi(adik), mama, saya puteri santubung

Saya dan family saya pun tak ada masalah untuk berjalan2 dan melawat area Kuching dan Samarahan. tak payah susah-susah nak upah tourist guide bagaikan..hah..enche suami memberi cadangan untuk membawa kami bermandi manda di Damai Beach Resort. mak kami ok ja.

Pantai Damai ni salah satu tarikan pelancong yang datang melancong di Kuching, Sarawak. Damai Beach Resort ni terletak di kawasan Santubong. ambil masa dalam 45 minit perjalanan dari rumah kami di Samarahan ke Santubong. Maybe kalau ada highway lepas ni cepat sikit sampai kot.hee. mari berdoa ramai-ramai semoga cepat ada highway disini. amin. penat duk dalam kereta lama-lama. hiks.


Kalau korang nak masuk dalam kawasan ni, kena bayar sikit. Maybe untuk kos penjagaan kawasan tersebut. tak mahal sangat, kalau xsilap seorang rm5 ringgit. tapi masa tu ayah & mama dapat half price sbb warga emas. mimi free sbb istimewa. untunglah..hee..saya ngn abg aizul guna student card saya yang da expired, kak ija ngn enche suami ja kena bayar full.. haha. owh. abg ipar saya student lagi. sambung master. so saya pun nak jugak sibuk2 guna student card yang da lama tu..hee..so jimat kat situ. ala. nak mandi je pun kan, bukan buat apa pun. 

 ayah excited pegang camera dimana-mana.hee

Disebabkan ade yuran kemasukan, enche suami pun membuat keputusan untuk membawa kami pusing-pusing dikawasan Damai Beach Resort ni. Lagipun, masa tu awal sangat sampai dalam pukul 3petang, panas lagi nak mandi. Banyak jugak tempat menarik dalam ni. ada rumah atas pokok, rumah panjang, macam2 jenis rumah la ada.. unik semuanya, ada macam-macam jenis pokok yang saya tak pernah tengok. Kalau korang suka menghirup udara segar, bolehlah masuk jalan-jalan dalam ni dulu macam kami sebelum pergi mandi manda . baru lah rasa berbaloi datang tempat orang jauh2, kumpul duit tiket pergi balik mahal2kan. sambil menyelam kenalah minum air. ok merapu. meh layan gambar kat bawah ni. 

macam2 ada kan?tak rugilah ada yuran kemasukan tu.haha

 tree top house

Masa kami lalu bawah rumah ni, kami nampak ada cleaner sedang membersihkan rumah ni. Saya sangat kagum la sebab rumah ni boleh dijadikan resort (bilik penginapan), tengok dari luar macam pondok je. tapi bila tinjau dalam, memang macam bilik kat hotel i tell u..haha..tengok dari bawah ja,tak naik atas pun. takut lahh..tinggi jugak..gayat..!!


 ayah sangat suka berjalan dalam ni. tgok muka terkagum ayah tu.hee


 long house

Sejam setengah jugak lah pusing dalam kawasan hutan tu. Enche suami lah excited nau bawak pusing-pusing dalam ni. sampai toilet pun kami pergi tengok. hee. Lepas tu terus menuju ke pantai Damai yang sangat damai cantik tu. Kawasan dia sangat cantik, tenang, angin kuat, matahari macam terik tapi tak rasa panas pun. 

 sebenarnya enche suami yang excited sangat nak datang sini sbb nak mandi pantai. ceh. enche suami pakai handbag?:o

Pantai Damai ni  tak berombak sgt, ombak dia manja2 ja, sikit2 ja ada ombak. tak bahaya sangat kalau mahu bawak budak kecik mandi sini. Saya tak mandi pun. enche suami, abg ipar, ayah dengan mimi ja yang mandi. Saya ngn kak ija main kat tepi2 ja. malas nk leceh2 tukar baju.

 honeystar secara beramai-ramai

tengok. saya buat dia pun nak buat jugak. sibuk ja.haha!!

mama duduk atas batu kat tepi ja tolong jaga barang-barang kami. hee. hai mama..

Kami lepak kat sini sampai pukul 6petang, lepas tu terus kemas2 barang, diorg yang mandi tukar baju dan bertolak balik. Sebab masing2 da lapar sangat dan kepenatan. 

Kesimpulan nya, memang bes lepak kat Damai Beach Resort ni. Tak rugilah datang jauh jauh untuk menikmati keindahan pantai + dapat menghirup udara segar. 

snap 25x baru dapat gambar ni. hiks. 

till then. salam. 

p/s: segala penulisan diatas adalah di atas pemerhatian saya. kalau tersilap minta maaf ye org sarawak.hee..

2 comments:

  1. Selamat merantau pika..hihi..
    suami pika keje ape di sarawak ?
    hmm lepas ni free2 gi la sabah lak, best jgk...pantai dia cantik2 :)

    ReplyDelete
  2. suami kita kerja dekat uitm sarawak. pensyarah baru lagi. insyaAllah. tengah kumpul duit ni..hihi

    ReplyDelete