Salam.
Hai semua followers dan pembaca setia blog ini.
Sori sori sori lambat update blog hari ini. sangat sibuk menguruskan hal rumah tangga. haha!! pergi keluar beli barang, hantar barang, ambil barang, masak barang, makan barang, buang barang. adeh. penat tau tak?nasib baik belum kerja lagi. kalau tak, habislah!! konon bagus lah tak kerjakan?heh.
Eh eh. korang dapat banyak jemputan majlis perkahwinan atau pertunangan tak? saya dapat banyak undangan dalam masa terdekat ni. jemputan jemputan tersebut adalah dari mereka mereka yang hadir menjayakan majlis kami tempoh hari. tapi apakan daya, saya dan enche suami tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kekangan masa dan wang ringgit. mahal nau air asia ni! maaf sangat sangat ye kawan kawan. T_T
Tapi yang paling saya terkilan, majlis pertunangan sepupu saya 8.10.2011 ni. saya tidak dapat hadir. sungguh sedih dan sangat rasa bersalah! yela. sepupu saya tu insan yang paling banyak menolong kalau kenduri kendara ni. mak dan ayah beliau lagi la. tapi apakan daya saya jauh disini. mintak maaf ye Mohd Zuhairi Hazwan, mak lang dan pak lang!!majlis kawen nanti insyaAllah kami hadirkan diri. -.-"
Kalau korang nak tau, saya memang suka pergi ke majlis perkahwinan ke pertunangan ke makan makan ke. apa apa majlislah yang boleh buat saya melaram!! kenapa? saya suka la sebab boleh beli baju baru, make up cantik cantik. lepas tu, amek gambar!! yang paling bes dapat makan makanan yang sedap sedap dan dapat hadiah jugak kadang kadang. tu hadiah kat tangan tu. goody bag la, door gift la. bes tau. hiks!!
InsyaAllah, bulan oktober ni saya akan hadir satu majlis perkahwinan kawan baik enche suami dan majlis pertunangan keluarga terdekat di semenanjung. sangat teruja dan gembira malah tidak sabar mahu tunggu hari tersebut. bukan sahaja gembira meraikan mereka dihari bahagia! malah gembira sebab dapat melaram dan nak ambil banyak banyak gambar!!
ok! itu sahaja mahu share. kalau ada antara kamu yang buat majlis makan makan kat area Kuching atau Samarahan ni jangan lupa jemput kami tau. haha. memang tak malu pun. kalau malu tak dapat tambah kawan. betul tak? hiks.
till then. tata.
Salam.
igt tak makan kuih raya ari tu..hahaha
ReplyDeletehaha..mestilah ingat..:D
ReplyDelete