Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Thursday, 13 October 2011

Doa, Usaha, Tawakal :')

Salam.

Hai semua followers dan pembaca blog yang setia.

Saya minta maaf sangat sudah lama tidak update blog. kebelakangan ini penyakit malas semakin berleluasa dalam badan. macam virus yang cepat bertindak melumpuhkan semua sifat sifat rajin dalam diri. haha.

Apa apa pun saya harap kamu semua sihat sejahtera hendaknya. semoga hari hari kamu lebih baik dari sebelumnya. untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal.

DOA

Sebagai seorang insan yang lemah disisi Allah SWT kita perlulah sentiasa berdoa kepadaNya. berdoalah apa sahaja yang dihajati diingini dengan cara yang betul. tinggalkan apa yang dilarang buatlah apa yang diamanahkan. banyak cara yang telah diajar untuk kita sentiasa berdoa. berdoalah semasa solat dan berdoa ketika waktu waktu yang dirahmati. contohnya, malam qadar, hari arafah, bulan ramadhan, malam jumaat, hari jumaat, tengah malam, waktu sahur, sesudah berwuduk, antara azan dan qiamat, ketika orang berqiamat, setiap akhir solat fardhu, ketika dan sesudah membaca Al-Quran, ketika menutupkan mata orang yang telah meninggal dunia, waktu hujan turun dan banyak lagi. 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Berdoalah, nescaya Aku perkenankan untukmu.
(Surah al-Ghafir:60)

Nu'man Ibn Basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW:

maksudnya: Doa itu adalah ibadah.

Selepas berdoa, elakkan lah dari perkara perkara yang menyebabkan doa tidak diterima.

USAHA

Tiada apa yang kita boleh dapat tanpa berusaha kan kawan kawan. berusahalah dengan apa cara sekalipun selagi cara itu sentiasa diredhai dan diberkati Allah. ingatlah macamana logiknya pandangan kita terhadapa sesuatu, sekiranya ia adalah melanggar syariat Islam. ia tetap SALAH!:) 

Berusaha lah tanpa mengenal erti putus asa. insyaAllah pasti akan ada hasil dalam setiap perkara yang kita usahakan. 

Firman Allah SWT;

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri.

Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

TAWAKAL

Bertawakallah setelah kamu berdoa dan berusaha, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. jangan bersedih dengan takdir yang ditetapkan untuk diri kita, kerana percayalah, pasti ada hikmah disebaliknya.

Firman Allah SWT;

Maksudnya: Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan keperluannya.

Surah at-Talaq (ayat3)

Entri ini adalah pandangan diri sendiri setelah merujuk beberapa sumber. marilah bersama berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. 

 Ingatlah kawan kawan!!

  • Bersangka baiklah terhadap semua orang 
  • Jangan buat perkara yang dilarang dan dikategorikan sebagai berdosa
  • Beribadatlah kepada Allah SWT sehingga akhir hayat kamu!

Ye! didik wanita terdidik generasi. hee.

Renung renungkan selamat beramal.:')

ok. sampai disini sahaja. 

selamat berkerja dan belajar ye!!

Salam.





No comments:

Post a Comment