Mereka Bloggers yang Chomel!!=D

Wednesday 28 September 2011

Rindu nak konvo lagi!!-.-"

Salam.

Hai hai semua pembaca blog dan followers. 

Sekarang tengah musim konvoskesyen kan? ada tak pembaca blog ini yang akan konvo pada musim ini? jika ada tahniah diucapkan!!


Tahniah juga kepada adik adik, kakak kakak, abang abang dan semua yang konvo pada musim ini. syok kan masa konvokesyen? mak ayah abg kakak adik boyfren girlfren datang raikan. yang paling penting dapat banyak bunga dan hadiah!! bes woo!!


Sampai tak cukup tangan nak pegang hadiahkan? seronok la korang. saya punya musim telah lama berlalu. tapi nak jugak share gambar sebab jeles tengok korang pergi konvo! haha.


Alhamdulillah! terima kasih mama dan ayah serta seisi keluarga!! ucapan macam baru je konvo kan. haha. lepas ini mahu sambung belajar lagi jika ada rezeki! baru la jadi insan yang menjadi kebanggaan keluarga. hiks! yang paling bes boleh konvo lagi sekali!!^.^


Lihat!! simpan lagi kad ucapan tersebut sehingga sekarang. mungkin bagi kamu semua ini adalah kad biasa sahaja. tapi bagi saya kad ini membawa seribu satu makna dalam hidup saya! tQ enche suami! ^.^


Bulan depan enche suami akan konvo lagi sekali! jeles tau! err. err. kena bagi hadiah jugak eh? nak bagi adiah apa ni?kena bagi bunga jugak ka? 

kamu kamu semua ada cadangan?-.-"

Ok. till then.

Tata.

Salam.

Wordless Wednesday 1.0: semoga settle arini -.-"




Tuesday 27 September 2011

Warga semenanjung susah cari kerja di bumi Sarawak?-.-"

Salam.

Hai hai apa khabar semua?

Saya sihat alhamdulillah disamping suami tersayang. rezeki tidak pernah putus walaupun hanya suami seorang sahaja yang bekerja. tQ Allah. saya sangat bersyukur kerana Dia tidak pernah membuatkan saya menyesal dengan keputusan saya berhenti kerja.

Pencarian kerja masih diteruskan lagi sehingga sekarang. rutin harian juga seperti biasa, bangun pagi sediakan sarapan suami, sediakan pakaian dan hantar suami pergi kerja sampai ke pintu. lepas tu, bukak lappy, cari kerja sampai rasa nak muntah! baru bukak blog, cari idea untuk update blog sambil bukak FB. 

Setiap wanita berkerjaya memang mengimpikan kehidupan seperti saya sekarang. betul kan? tetapi tidak saya! saya mahu berkerja supaya dapat pengalaman dan meluaskan pengetahuan. saya mahu bercampur dengan penduduk tempatan, mahu belajar sesuatu disini sebelum saya kembali ke semenanjung satu hari nanti!

Semalam selepas selesai urusan di pejabat pos, saya singgah di gerai menjual kuih muih sarapan pagi. bila turun dari kereta saya terpandang no plat kereta pemilik gerai tersebut bermula dari huruf "J". pastinya datang dari negeri Johor bukan? sangkaan saya memang tepat kerana beliau menceritakan asal usul beliau.

Kemudian, saya mengeluh kepada kakak (pemilik gerai) tersebut, "susah betul nak cari kerja disini. penatlah.". akak tersebut mengiakan sambil menjawab "memang macamtu dik, dekat sini mereka ambil orang orang tempatan sahaja! melainkan kamu  dapat kerja di semenanjung dan ditukarkan kesini! meniaga macamni senang". bukan sekali saya dengar ayat begini. empat lima orang juga berkata begitu. 

Ayat ayat begitu, tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk mencari kerja walaupun sudah hampir beribu resume yang dihantar. mungkin belum ada rezeki lagi. saya percaya, kalau Allah sudah tetapkan saya berkerja disini. pasti ada pekerjaan untuk saya. saya hanya perlu berusaha. kalau tiada peluang untuk saya berkerja disini. saya REDHA!! sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Sesungguhnya saya tidak akan mengalah dengan persepsi itu! saya yakin, kalau kita berusaha pasti akan ada hasil yang datang. cuma jika betul seperti yang dikata, saya berharap majikan majikan di bumi Sarawak ini tidak melakukan sebegitu pada masa akan datang. bukan kah kita satu Malaysia? saya tidak dengar perkara perkara seperti ini di semenanjung. jika benar faktor kenegerian yang diutamakan, saya mintak majikan majikan senaraikan dibawah syarat syarat kelayakan. lebih senang begitu! hiks.

ok. tu ja mahu cerita. saya harap apa yang saya dengar itu tidak benar sama sekali! sebab orang disini semua baik baik belaka.

ok. till then. tata.

Salam.


Kenduri Kawen & tunang -.-"

Salam.

Hai semua followers dan pembaca setia blog ini.

Sori sori sori lambat update blog hari ini. sangat sibuk menguruskan hal rumah tangga. haha!! pergi keluar beli barang, hantar barang, ambil barang, masak barang, makan barang, buang barang. adeh. penat tau tak?nasib baik belum kerja lagi. kalau tak, habislah!! konon bagus lah tak kerjakan?heh.

Eh eh. korang dapat banyak jemputan majlis perkahwinan atau pertunangan tak? saya dapat banyak undangan dalam masa terdekat ni. jemputan jemputan tersebut adalah dari mereka mereka yang hadir menjayakan majlis kami tempoh hari. tapi apakan daya, saya dan enche suami tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kekangan masa dan wang ringgit. mahal nau air asia ni! maaf sangat sangat ye kawan kawan. T_T

Tapi yang paling saya terkilan, majlis pertunangan sepupu saya 8.10.2011 ni. saya tidak dapat hadir. sungguh sedih dan sangat  rasa bersalah! yela. sepupu saya tu insan yang paling banyak menolong kalau kenduri kendara ni. mak dan ayah beliau lagi la. tapi apakan daya saya jauh disini. mintak maaf ye Mohd Zuhairi Hazwan, mak lang dan pak lang!!majlis kawen nanti insyaAllah kami hadirkan diri. -.-"

Kalau korang nak tau, saya memang suka pergi ke majlis perkahwinan ke pertunangan ke makan makan ke. apa apa majlislah yang boleh buat saya melaram!! kenapa? saya suka la sebab boleh beli baju baru, make up cantik cantik. lepas tu, amek gambar!! yang paling bes dapat makan makanan yang sedap sedap dan dapat hadiah jugak kadang kadang. tu hadiah kat tangan tu. goody bag la, door gift la. bes tau. hiks!! 

InsyaAllah, bulan oktober ni saya akan hadir satu majlis perkahwinan kawan baik enche suami dan majlis pertunangan keluarga terdekat di semenanjung. sangat teruja dan gembira malah tidak sabar mahu tunggu hari tersebut. bukan sahaja gembira meraikan mereka dihari bahagia! malah gembira sebab dapat melaram dan nak ambil banyak banyak gambar!! 


ok! itu sahaja mahu share. kalau ada antara kamu yang buat majlis makan makan kat area Kuching atau Samarahan ni jangan lupa jemput kami tau. haha. memang tak malu pun. kalau malu tak dapat tambah kawan. betul tak? hiks.

till then. tata.

Salam.

Monday 26 September 2011

SugarBun VS KFC..^.^

Salam.

Hai kawan kawan.

Kamu semua sudah makan ke belum? saya sudah. makan mee sedap. 
memang sedap. ^.^

Bukan malas masak! tapi enche suami request mahu makan mee goreng sedap! saya suka lah sebab senang dan boleh update blog laju laju. hihi.

Tapi entri ini bukan nak cerita pasal mee sedap. tapi pasal Restoren SugarBun yang glamer dekat Sarawak ini!!

Pernah dengar tak Restoren makanan segera SugarBun? SugarBun ni ala ala KFC la. masa mula sampai sampai dekat Sarawak ni. saya seperti jakun melihat restoran SugarBun yang ada di mana mana sahaja. 


Dekat Sarawak ni lebih banyak SugarBun daripada KFC. bila tengok banyak sangat restoren SugarBun, mestilah rasa nak cuba. sedap ke tidak. kalau tidak silap restoren ini hanya ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Bangladesh. menurut kenalan rapat disini, dulu ada di semenanjung. tapi tidak lama restoren ini bertapak disana. 

untuk maklumat lanjut tengoklah kat sini:

Ingat tak saya cerita ari jumaat lepas dekat sini, masa saya pening kepala tidur sepanjang hari. enche suami ada bawak saya jalan jalan pergi Giant Tabuan. so, kami makan di Restoren SugarBun disitu sahaja. ^.^


Lihat! muka gembira dapat makan dekat SugarBun. saya dan enche suami order set makanan yang sama. kata sehati sejiwa kan. haha. kami makan nasi kaler kuning ada kismis dalam dia, ayam goreng, timun campur nenas dan kuah pedas serta air rebina. ohh. kuah pedas adalah add on.

 
Rasa makanan yang saya ambil itu, ok ok la! biasa biasa sahaja. mungkin kerana expectation saya terlampau tinggi sebab inginkan rasa seperti KFC, McD, A&W. haha. saya hanya makan suku sahaja nasi dan habiskan ayam goreng tersebut. ayam goreng dia sedaplah jugak! tapi resepi ayam goreng saya sedap sikit dari ayam tersebut. hihi. kuah pedas dia pun ok lah. ok lah. cuma bukan kegemaran saya! lepas ni saya nk cuba kuah lain pula. kuah sate mungkin!^.^


Tapi tapi, enche suami makan sampai licin! dia siap tolong habiskan nasi saya lagi!! dia kata sedap. dia suka! menurut enche suami kuah pedas itu sedap. err. kata sedap! asal tak habis. haha. 

Kesimpulannya, SugarBun sedap jugak. restoren dia bersih. pekerja yang sangat membantu! tapi dihati saya tetap KFC! hihi. tapi tapi kamu kamu yang nak datang melancong dekat sini kena rasa tau? sebab banyak lagi menu di Restoren tersebut. nampak macam sedap sedap. lepas ini , saya mahu cuba menu lain pula!

Ok. Selamat Mencuba!

Till then. tata.

Salam.

p/s: maafkan muka baru bangun tidur saya tanpa secalit bedak mahupun make up. tension tengok muka sendiri T_T

JoM Join Bloglist Jiwarosak.coM


Jom Join bloglist JiwaRosak.Com.

Hai Hai Hai semua followers dan pembaca blog!!

Saya baru dapat info bahawasanya blogger Jiwa rosak telah mendapatkan domain untuk blog beliau. Tahniah encik FerozOthman!! kamu memang hebak hebak. haha

Mesti ramai bloggers familiar dengan blog jiwaRosak ni ye dak? blog ini sangat menarik dan tertarik. entri entri di dalam blog ini telah banyak membantu ramai blogger untuk memajukan blog mereka. entri entri seperti cara menaikkan traffic dan menambahkan followers blog juga telah membantu saya yang baru sahaja berkecimpung di dalam dunia blog ini. tidak percaya? saya sudah berjaya mendapatkan 300 followers pada hari ke 11 saya menulis di blog saya yang berusia setahun jagung ini. terima kasih incik FerOz Othman.

Untuk bloggers baru yang masih lagi mahu menapak dalam dunia blog seperti saya, bolehlah mendapatkan pelbagai info dalam blog ini. semoga pemilik blog ini sentiasa membantu bloggers baru pada masa hadapan.

tag: 

CTK 



ok. itu sahaja.

tata. salam.

Selamat Pagi: Update Laju Laju

Salam..

Hai hai hai followers dan pembaca semua.

Minta maaf sudah lama tidak update. sangat sibuk dihujung minggu berjalan memasak mengemas rumah menguruskan pembayaran bil bil dan lain lain. alhamdulillah. sebahagian sudah selesai. tQ enche suami. hiks.

Arini ada lagi yang tidak settle, arini kena kemas rumah, basuh baju, memasak. sekejap lagi enche suami balik sekejap nak bawak pergi pos baju untuk tempahan pakai konvo enche suami. hihi. lepas itu, saya nak pergi beli sayur untuk mendidik enche suami supaya dia makan sayur. sayur kan bagus untuk kesihatan badan kita. jadi, saya kena ajar dia makan sayur. kalau bukan saya, siapa lagi kan?

Oh oh. nak cerita dengan pembaca semua. pagi pagi tadi enche suami janji nak bawak saya jalan jalan naik Genting Highlands dengan dia tak lama lagi. saya sudah lompat lompat suka. hihi. saya pernah pergi sekali bulan julai 2011. kakak dan abang ipar saya bawak. tapi masa tu sudah malam. kami hanya masuk permainan in door sahaja. hiks.

 Tapi kali ini nak pergi dengan enche suami, mestilah lagi eksaited kan? beliau siap amek cuti untuk bawak isteri kesayangan ini balik semenanjung dan jalan jalan. haha. tetiba rasa disayangi. huk huks.


Ramai yang gelakkan saya tak pernah lagi naik atas tu sebelum ini. ada yang pergi sampai sepuluh doploh kali dah. saya tidak kesah! ada yang tak percaya. kenapa tak pergi masa korang couple dulu? saja ja. sebab pergi sebelum kawen tak boleh seronok seronok sangat kan. hiks. saya rasa lagi sweet lah pergi selepas kawen. 

Ada yang cakap takda tempat lain ka suami ko nak bawak jalan jalan. ada ada. tapi saya nak pergi naik Genting dengan beliau dulu. tempat lain yang saya nak pergi Korea ka Jepun ka. boleh? haha. rasanya semua tempat dekat Malaysia saya sudah sampai kecuali Genting Highlands. huhuk. nak jugak nak jugak pergi situ. haha.


Selepas baca entri ini, mesti ada yang cakap dalam hati, pergi Genting ja pun, bukan pergi mana pun. itu pun nak cerita. biarlah! saya rasa janji enche suami kali ini cukup menggembirakan saya. membuatkan saya tersenyum senyum sambil menaip. haha

Eh eh. ada yang nak join kitaorang naik atas sana ka? meh meh. jom pergi ramai ramai. bes sikit. hee. 

ok. tu saja entri untuk pagi ini. entri seterusnya akan menyusul petang nanti.

ok. till then. tata.

Salam.

p/s: terima kasih kepada followers dan pembaca setia blog ini. love u all so much!! yang komen, msg & chat dekat FB, email. tQ tQ. sori tak sempat reply. saya cuba reply semua hari ini!! ^.^


Friday 23 September 2011

Model muslimah?-.-"

Salam.

hai hai semua. 

Maaf ye tak sempat nak balas kunjungan dan pesanan kawan kawan di ChatBox arini. sakit kepala sangat sangat. tidur sepanjang hari. 

Bangun bangun tidur terus enche suami bawak jalan jalan beli barang keperluan rumah dekat Giant Tabuan. terus terasa segar bugar sebab dapat jalan jalan pusing pusing dan membeli belah. walaupun bukan sehebat Mid Valley mahupun Alamanda. tapi saya suka la. sebab jalan jalan bersama suami tercinta! haha. 

eh eh. sudah lari tajuk nampaknya. kamu kamu semua pernah dapat offer jadi model muslimah tak?

boleh tak definisi kan bagaimana yang dipanggil model "muslimah"?


Adakah semua persiapan masih dalam kategori muslimah? make up, baju, tudung dan lain lain. 

Nak tanya tu ja. esok nak pergi jalan jalan dekat bandar Kuching. mahu mengambil sesuatu yang berharga. hiks.

ok. selamat berhujung minggu kawan kawan.

tata. selamat malam.

Salam.

p/s: mari lihat iklan dibawah. kalau suka boleh klik untuk maklumat lanjut!!:))

PhotoShoot at Putrajaya : oh putrajaya!! i miss u like craZy..:')

Salam.

Hai hai hai semua!!

Nak bagitau yang saya rindu dekat Putrajaya!! tempat saya bekerja mencari rezeki dulu. rindu sangatlah -.-" bilalah saya nak sampai sana lagikan?

Saya mula duduk di Putrajaya bulan september 2009. first time tau duduk rumah sewa! sepanjang dua tahun duduk sana, saya sudah duduk 4 buah rumah sewa!! rumah yang terakhir paling bes. tQ adik ain & kak zu sebab ajak duduk dengan kamu berdua. hiks.

mari lihat photoshoot saya di Putrajaya yang dirindui!

(klik untuk besarkan gambar)

Bersebelahan Alamanda Putrajaya, ketika ini menuju ke GSC Alamanda mahu pergi menonton wayang! ^.^


Ditengah tengah jalan Jamabtan Kedua Putrajaya. Laluan untuk pergi ke PICC ^.-


Berlatabelakangkan Masjid Besi Putrajaya. 


ambil gambar secara beramai ramai di jambatan tersebut. suka gambar ini!! hee..kreatifkan?jeles la tuuu..haha

Semua gambar ini diambil dan di edit oleh Photographer terhebat abad ini!! yang baju kaler putih tu. hihi.

ok. itu sahaja update untuk waktu ini. 

saya rindu pasar malam putrajaya!!saya rindu foodcourt persint 9!!saya rindu alamanda!!saya rindu mydin putrajaya!!saya rindu MOSTI putrajaya!!saya rindu petronas putrajaya!!erk. ok. over nau!! yang penting saya memang rindu semua benda kat putrajaya!!:')

tata. have a nice day!

Salam.

Thursday 22 September 2011

Alhamdulillah..!!^.^

Salam.

Hai semua followers dan readers.

Alhamdulillah.

Saya telah memiliki 300 followers pada hari ke 11 menulis blog. 

saya tahu mesti ada orang mengata dibelakang. syok sendiri dowh minah tu, ntah pape weh die tu! semua nak cerita!, menyampah aku tengok blog die, asyik update update, takda kerja la tuh! pergi pasar pun nak amek gambar?poyo gila!

Tidak mengapa! apa pun yang anda kata, saya tidak kisah sama sekali. saya telah mendapatkan kebenaran dari enche suami untuk menulis blog dan share pengalaman saya berdasarkan syarat syarat yang ditetapkan oleh enche suami. yang penting saya jaga maruah dia dan keluarga saya! betulkan?

Jadi tak perlu kata apa apa, senyum!!


Terima kasih kepada pembaca setia blog ini, followers yang tidak jemu menulis komen di entri saya. saya sayang korang semua! dan juga kepada silent readers, saya tahu kamu sentiasa menyokong saya dalam diam. love u guys!!

ok. mari ikut enche suami tengok bola padang di UNIMAS.

till then. tata.

Salam.

Mereka semua kekuatan saya..^.^

Salam.

Hai hai semua followers dan readers!!

Hari ini seperti tiada mood untuk update blog. mungkin kerana bersedih tidak dapat menziarahi atuk di hospital sana. tapi tidak mengapa! doa saya sentiasa mengiringi beliau. 

Penat! baru selesai memohon pelbagai kerja hari ini. mudah mudahan ada suatu yang kena! amin. haha. macam main tikam tikam pulak. 

Saya bersyukur kerana ada kekuatan untuk saya terus berusaha mencari kerja tanpa ada rasa jemu. terima kasih. mari lihat kekuatan saya.

(klik sekali shj untuk pembesaran gambar)


Ayah dan mama yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami dan memohon supaya saya dipermudahkan mendapat kerja. mereka tidak pernah putus asa dengan saya walaupun saya mempunyai seribu macam kerenah ketika meningkat dewasa. mereka sentiasa bersabar membesarkan saya dengan cemerlang gemilang dan terbilang. eh. hee. merekalah orang pertama yang akan membantu saya ketika susah. tanpa mengira wang ringgit dan tenaga, mereka sentiasa ada apabila saya memerlukan bantuan mereka. Kekuatan merekalah yang menguatkan semangat saya untuk terus maju dalam hidup!!

Terima kasih mama & ayah!! Love & miss u so much :')


Ayah dan emak!! mereka adalah insan yang baru hadir dalam hidup saya. Perkenalan dengan mereka sebelum saya dan enche suami bernikah telah membuatkan saya bahagia. apatahlagi selepas saya menjadi menantu mereka. mereka tidak pernah melayan saya seperti orang asing dan sentiasa menerima siapa saya seadanya. mereka juga insan yang banyak membantu kami suami isteri tanpa mengira tenaga dan wang ringgit. sentiasa bertanya khabar setiap hari tanpa rasa jemu. doa mereka juga sentiasa mengiringi saya disini supaya terus tabah mencari pekerjaan dan mendoakan kebahagiaan kami disini. saya bahagia menjadi sebahagian dari keluarga baru ini!!

Terima kasih ayah & mak!! jasa kalian tidak akan eqa lupakan. :')


Keluarga kecil saya, adik beradik dan anak buah yang menjadi kekuatan saya untuk terus ceria dan tabah menghadapi masa depan. bila berjumpa semua pasti ada sahaja aktiviti dilakukan!! rindu nak main go kart!!-.-"


Kak ija & abg aizul! sentiasa membantu saya ketika saya memerlukan mereka. tidak pernah berkira masa, tenaga, wang ringgit ketika melayan kerenah saya. mereka menjaga saya ketika saya jauh dari ayah dan mama. minta sahaja pertolongan, mereka pasti akan datang kepada saya tanpa ada sebarang rungutan!! saya doakan semoga mereka sentiasa bahagia didunia dan akhirat.

thanks!! kamu berdua memang sangat baik!!:')


Kak ida & abg saiful!! mereka sentiasa ceria menghiburkan saya ketika pulang ke kampung halaman, belanja makan, karaoke, main go kart, main bowling, tengok wayang. memang bes! kerenah anak mereka sentiasa membuatkan saya sentiasa merindui mereka sekeluarga. ezaini yang semakin petah berkata kata, najwa yang pemalu membuat kami suami isteri geram dengan beliau!! mereka rajin menghubungi bertanyakan khabar saya disini. 


Abg Demok & Kak zura!! abg saya satu satunya lelaki dalam adik beradik saya. kawan baik ketika kecil, sentiasa bersama kemana sahaja. mendapat isteri yang baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang saya. keprihatinan beliau membuatkan saya sentiasa merinduinya. kehadiran baby hasyir sebagai cucu lelaki sulong menambahkan lagi keceriaan kami sekeluarga. 


Adik mimi! insan yang istimewa dalam keluarga kami. menjadi kawan bergaduh dan bergurau. walaupun dilahirkan dalam keadaan begini, saya tau dia sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. saya sentiasa merindui beliau, beliaulah satu satunya adik saya. :')


Lihat saya ada tiga lagi kekuatan dalam hidup saya, adik adik ipar saya.!! Nott, Jib & Yatt. mereka juga insan yang baru hadir dalam hidup saya. mereka sporting, baik hati dan menerima kehadiran saya dalam keluarga mereka dengan ikhlas..:')

ok. tambah lagi tiga. saya ada empat orang adik. korang ada ke?hihi.


Keluarga besar saya!! jika mahu diceritakan seorang demi seorang memang tak akan habis. mereka mereka ini lah yang bersusah payah menjadikan impian saya suatu kenyataan ketika majlis persandingan saya! mereka juga kekuatan saya. tanpa mereka, memang tiada majlis seumpama itu. kamu semua memang hebat!! rindu saat saat bersama keluarga ini. semoga mereka tidak melupai saya yang jauh disini.:') sayang korang semua!!!


Sebahagian dari keluarga besar enche suami! alhamdulillah. mereka semua terima saya seadanya. walaupun belum mengenali mereka sepenuhnya. tapi saya sayang mereka semua. terutamanya maksu dan paksu yang banyak tolong kami menyempurnakan persiapan perkahwinan. 

Tanpa semua kekuatan saya ini, siapalah kami suami isteri!!


Akhir sekali, kekuatan terhebat saya (bodek bodek sikit sebab arini gaji..haha)!! enche suami yang tidak pernah jemu mencarikan saya kerja, updatekan resume saya, applykan saya kerja. tQ hubby!! love u much much. :')

tanpa mereka mereka diatas ini yang sentiasa menjadi kekuatan saya, siapalah saya!! tanpa kamu semua juga followers saya. siapalah saya..:')

ok. sampai sini sahaja.

tata. selamat meneruskan kerja!

Jangan lupa lihat iklan diatas bawah tepi blog ini. mana tau boleh tolong saya beli tiket flight balik semenanjung!!hihi

Salam.

p/s: penulisan agak kurang siuman kerana hati masih belum tenteram. risau keadaan atuk!! doakan atuk saya ya!!

Semoga atuk cepat sembuh!!:)

Salam.

Selamat pagi semua.

Entri pagi ini dimulakan dengan mendoakan kesejahteraan semua umat Islam di seluruh dunia. 


Ya Allah,Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,Sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,Sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab,

Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,Putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam.Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,Aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu

.Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat,Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, Dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam syurga, tempat yang aman.. Amin.


Ya Allah,
Kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami solat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, Sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, Kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, Tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.



Atuk saya masih lagi di ICU, tetapi  kesihatan beliau semakin meningkat. memohon semua sahabat sahabat mendoakan beliau supaya  semakin sembuh dan diberi kesempatan menikmati lagi kehidupan didunia ini untuk sentiasa beribadat kepada Allah SWT. Amin.

Atuk, semoga cepat sembuh ya! maaf tak dapat tengok atuk, eqa jauh. eqa hanya mampu doakan atuk dari sini. semoga selamat semuanya !:'(

ok. have a nice day.

Salam.

p/s: tiket flight mahal la. boleh tak naik sampan balik?huhu

Wednesday 21 September 2011

Wordless Wednesday 3 -.-"

Salam.

Bersyukur hari ni ''Wordless Wednesday".

Takda mood nak tulis entri.

kenapa?


cik ririd & en titam minta diambil gambar masa baru dirembat dari mid valley.


Malangnya, en titam telah meletop!! kerana menjadi percubaan kami untuk main angry bird versi kami...-.-"


Lihat!! kesian!!

Pengajaran untuk hari ini: kalau korang nak beli angry bird, jangan beli kaler hitam! sebab dia senang meletop!

ok. "wordless" la sangatkan.

tata. selamat malam.

Salam.

p/s: baru perasan dekat rumah takdak benang dengan jarum!! haha

Wordless Wednesday 2 :o

Salam.

Mintak tolong kawan kawan buat survey ini.


bukan klik kat gambar ni. klik dekat sebelah kanan blog ni

jumpa kan?

tQ ^.^



Wordless Wednesday: Bila lakonan mengatasi teknik permainan..-.-"

Salam.

Selamat pagi.


Pegang kayu pun kekok. nampak sangat tak reti main.

ok. have a nice day.

kata wordless?hee..

Salam.

Tuesday 20 September 2011

Terima kasih Allah SWT..:)

Salam.

Hai semua followers dan silent readers. mari ramai ramai klik iklan nuffnang itu. ada promosi terhebat. 

Saja update blog sebelum tidur kekenyangan.


Tadi memang lapar, saja update status mintak simpati enche suami.

dan hasilnya..

tadaaa....^.^


Saya dapat makan sebiji burger dimalam malam hari. ni namanya menyerah diri untuk jadi makin tembam. hihi.

tQ enche suami. saya bahagia memiliki kamu sebagai suami saya!!:)

Kadangkala Allah sering menduga kita umatNya sebelum memberi kebahagiaan yang abadi. percayalah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia yakin kita mampu menghadapi dugaan tersebut dengan tabah. pelbagai rintangan dan dugaan akan dan perlu kita hadapi sebelum meniti saat saat bahagia. semoga kebahagiaan ini sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. 

Diharap sahabat sahabat diluar sana juga sentiasa tabah dan sabar dengan dugaan yang dihadapi. percayalah setiap dugaan yang kita hadapi dengan penuh kesabaran pasti akan ada kebahagiaan akhirnya. 

Jadi bersabarlah jika anda lapar melihat burger saya!!hihi.

ok. itu sahaja mahu cerita. 

till then. tata. nite!!

Salam.

p/s: entri ini adalah secara spontan. maaf jika penulisan jauh menyimpang dari maksud yang ingin disampaikan.!!hihi

Johnny English : Memang terbaik ah!!:D

Salam.

Jom minum pagi dulu sambil baca entri ini.

Sabtu lepas saya dan enche suami pergi menonton wayang dekat The Spring. perjalanan dari rumah kami ke sana mengambil masa 15-20 minit. boleh sampai sekejap kalau takda banyak kereta.


Dekat Kuching ni sik ada GSC mahupun TGV ya kawan kawan. Hanya ada MBO sahaja!  maka kamek nangga filem Johnny English (JE) di MBO sahaja. Kami sampai The Spring jam 10 malam. Tayangan untuk JE pukul 10.15 dan 11.45 malam untuk malam itu. mari layan gambar dulu. hee.


Sampai sampai dekat MBO memang ramai sangat orang sampai tak boleh kira dengan jari. penuh gilak!! ada 3 barisan yang sangat panjang sampai rasa taknak tengok wayang lah! tapi sebab sudah janji, kami beratur dengan sabar sambil bergamba gambar supaya tidak terasa kepanjangan barisan tersebut. 

owh! dekat sini nak beli tiket barisan lurus eh. tida laluan pusing pusing pening kepala tuh! haha. 


Lihat muka enche suami yang kebosanan menunggu untuk sampai ke kaunter hadapan. sampai minta di ambil gambar juga. yeay!! bukan senang kan..hihi


Akhirnya, setelah beratur selama 10minit, dapat jugak beli tiket. tapi tapi bukan 10.15 eh, dapat tiket jam 11.45 malam!! sape suruh datang lambatkan. nasib badanlah. hoho. 


Lihat! betapa ramainya orang dimalam hari begini. penuh dan sangat sesak. mungkin dekat sini ja wayang yang ada. ada lagi satu dekat bandar Kuching, tapi mengikut sumber dekat situ wayang lama. sini baru. baiklah!! saya ada 4 tiket..sapa mahu join tengok?jom!! hee..


ingat tak entri ini? saya ada cerita pasal junior saya, inilah dia! Kelsah. Beliau ni orang Sabah dan mengajar di UiTM Samarahan. comel kan? hee. kami sebaya tau, tapi dia nampak lagi muda dari saya kan. huhu. Kelsah ni pandai klakar Sarawak, memang sangat fasihlah! word word yang susah susah semua dia tahu. rahsianya sebab dulu dia amek diploma di UiTM Samarahan juga. untungkan?belajar disini, mengajar disini juga. tapi tapi kalau dia cakap semenanjung memang kelakar. hihi. 


Ha! lagi sorang ni kawan masa dekat dekat UiTM Shah Alam. Kami satu fakulti tapi kos lain. Nama dia Dean Nelson, beliau pun pensyarah di UiTM Samarahan. adeh! lihat, saya seorang sahaja penganggur disitu. sedih..:'(

eh eh. gembira la! sebab cerita Johnny English, memang terbaik kelakar sangat sangat!!! saya dengan diorang ni semua memang tak cukup nafas gelak!! bes cerita dia, tak bosan dan bukan movie biasa macam Mr Bean yang saya tak suka tengok tu. hihi.

Review filem ni? meh meh tengok dekat sini. mereka lagi pakar bab bab buat review ni. saya malas! haha. 


Saya gembira duduk disini, walaupun tidak ramai kawan seperti di semenanjung. tapi kawan kawan disini semuanya berkualiti dan sejati. tapi kawan saya yang paling baik mestilah enche suami kan. hii. dia lah kawan saya untuk bergaduh dan bergembira. tiada yang lain!!

enche suami!! maafkan saya kalau selalu buat kamu sakit hati. terima kasih sebab terima saya seadanya. love you so much!!hiks.

ok. habis cerita. mari memasak untuk enche suami pula.

till then.

Salam.

p/s: klik gambar untuk besarkan. tQ

Tiada kata secantik gambar..^.-

Salam.

Selamat pagi semua..^.^

Mari bersungguh sungguh memohon kerja supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara..

sebelum tu mari layan gambar tanpa kata. hee.









ok. sudah lihat gambarkan? selamat berkerja dan pergi ke kelas ye semua silent readers dan followers. tanpa kamu semua siapalah saya. cehh..=p

till then. bye.

Salam.

p/s: Klik untuk besarkan gambar. tQ